Video Buka Kotak Huawei Mate 20 Pro Berjaya Diperolehi Sebelum Ia Sempat Dipadam Oleh Sumbernya Comments Off on Video Buka Kotak Huawei Mate 20 Pro Berjaya Diperolehi Sebelum Ia Sempat Dipadam Oleh Sumbernya

Tidak dinafikan lagi bahawa ada sesetengah YouTubers akan menerima sesebuah peranti baharu lebih awal sebelum ianya dilancarkan secara rasmi. Ini bagi membolehkan mereka menyiapkan video buka kotak dan memuat naiknya di saluran YouTube, serentak dengan hari pelancaran model tersebut.

Rekaan panel depan Huawei Mate 20 Pro dengan sokongan takuk yang lebih besar berbanding rekaan takuk titisan air pada Huawei Mate 20.
Huawei Mate 20 Pro dengan sokongan pengimbas cap jari pada skrin.

Namun begitu kredibiliti seorang daripada pemilik akaun YouTube yang dirahsiakan ini mungkin sedikit tercalar apabila tanpa sengaja dia telah termuat naik video buka kotak Huawei Mate 20 Pro. Lebih malangnya video yang dimuat naik itu telah berjaya diperolehi oleh pemilik akaun YouTube iaitu NTK95.

Susunan tiga kamera pada Huawei Mate 20 Pro yang dipercayai menyokong fungsi zum optikal sehingga 5x.

Melalui ketirisan video buka kotak tersebut, ia ada mendedahkan rekaan sebenar Huawei Mate 20 Pro, aksesori yang akan diterima dan juga demonstrasi fungsi pengimbas cap jari pada skrin.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend