Video: Buka Kotak ASUS ZenFone Max Pro (M1) – Peranti Mampu Milik Terbaik Di Pasaran?! 0 265

ASUS boleh dianggap sebagai salah satu daripada jenama yang agak popular di awal kemunculannya kerana ia hadir dengan sokongan spesifikasi yang baik pada harga yang mampu milik. Namun begitu populariti siri ASUS ZenFone sebelum ini dilihat kian pudar kerana terdapat beberapa isu yang dihadapi oleh pengguna seperti sokongan antaramuka yang memiliki terlalu banyak bloatware (aplikasi pra-pasang yang tidak diperlukan), ketahanan bateri yang lemah, dan juga permasalahan pada isyarat GPS…

Namun dengan kemunculan model terbaru ZenFone Max Pro (M1), ASUS dilihat telah mengembalikan semula kepercayaan pengguna terhadap peranti keluarannya apabila segala isu dan juga permasalahan yang dihadapi pada generasi sebelum ini telah berjaya diatasi sepenuhnya. Ingin tahu kenapa, tonton video buka kotak dari kami…

TAWARAN TERHAD!

ASUS Malaysia kini telah menawarkan tawaran hebat yang tidak patut anda lepaskan kerana pada setiap hari SELASA sepanjang bulan JULAI 2018 ini, model ZenFone Max Pro (M1) varian 32GB + RAM 3GB boleh dimiliki pada harga hanya RM599 berbanding harga asalnya RM699. Jika berminat, anda boleh memilikinya secara eksklusif melalui JUALAN KILAT di LAZADA.

Pembetulan tentang masa pengecasan yang diambil:

  • ASUS ZenFone Max Pro (M1) 5000 mAh – 2 jam 42 minit
  • Xiaomi Redmi Note 5 4000 mAh – 3 jam 13 minit
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend