Video Acah Telefon Pintar Dengan Skrin Boleh Lipat Daripada Xiaomi Diperlihatkan – Xiaomi Mi Fold Comments Off on Video Acah Telefon Pintar Dengan Skrin Boleh Lipat Daripada Xiaomi Diperlihatkan – Xiaomi Mi Fold

Samsung dan Huawei merupakan antara jenama telefon pintar popular yang telahpun menyertai arena telefon pintar dengan rekaan skrin boleh lipat, melalui kemunculan model Samsung Galaxy Fold dan juga Huawei Mate X. Bahkan kita juga sudah sedia maklum bahawa Xiaomi juga sebelum ini telah dilaporkan sedang menghasilkan telefon pintar dengan rekaan inovasi tersebut.

Menariknya baru-baru ini video acah berdurasi 10 saat telah dimuat naik di laman Weibo dengan memperlihatkan peranti pertama daripada Xiaomi yang dikenali sebagai Mi Fold beraksi di depan kamera. Berbeza dengan rekaan Galaxy Fold yang dilipat ke dalam dan juga Mate X yang menggunakan rekaan lipatan skrin ke luar, Xiaomi Mi Fold pula menampilkan rekaan lipatan skrin pada dua bahagian skrin.

Apa yang menariknya, Xiaomi dilaporkan akan menawarkan peranti dengan skrin boleh lipatnya pada harga yang jauh lebih murah berbanding Samsung dan Huawei, iaitu sekitar €999 atau sekitar RM4,586.

Baca juga:

Xiaomi Dual Flex/MIX Flex Dengan Rekaan Skrin Boleh Lipat Dikongsikan Dalam Video Yang Lebih Jelas

Samsung Galaxy Fold Diperkenalkan – Peranti Inovasi Yang Berharga Lebih RM8,000

Huawei Mate X Kini Rasmi Sebagai Telefon Pintar 5G Dengan Skrin Boleh Lipat Yang Pertama Di Dunia

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend