Video Acah Rasmi Huawei Mate 20 Mengesahkan Rekaan Kamera Utama Berbentuk Segi Empat Sama Comments Off on Video Acah Rasmi Huawei Mate 20 Mengesahkan Rekaan Kamera Utama Berbentuk Segi Empat Sama

Pada penghujung bulan Ogos yang lalu, pihak XDA Developers telah mendedahkan rekaan Huawei Mate 20 yang memperlihatkan sokongan rekaan takuk kecil pada panel skrin hadapannya. Malah ketirisan imej sokongan tiga kamera utama pada Huawei Mate 20 juga dipercayai hadir dengan rekaan segi empat sama yang agak unik.

Nampaknya rekaan tiga kamera itu telah disahkan selepas pihak Huawei baru-baru ini telah mendedahkan video acah rasmi yang memberikan klu tentang rekaan kamera Huawei Mate 20. Berikut adalah video acah rasmi yang telah dikongsikan oleh Huawei di laman Weibo…

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend