VAGO Travel Compressor – Alat Wajib Dibawa Ketika Bercuti Comments Off on VAGO Travel Compressor – Alat Wajib Dibawa Ketika Bercuti

VAGO ialah alat pemampat pakaian yang kecil dan ringan. Mesin kompak ini diperbuat di Taiwan dan dibawa masuk ke pasaran Malaysia oleh Distexpress Sdn. Bhd. Kami yang berkesempatan untuk mencuba alat ini agak terkejut dengan hasilnya.

Sepanjang menggunakan alat ini, kami sangat berpuas hati dengan fungsi VAGO Travel Compressor. Alat vakum ini tugasnya ialah untuk menyedut keluar udara daripada beg yang berisi pakaian. Tujuannya adalah untuk menjimatkan ruang bagasi sebanyak 50%, malahan, kami juga tidak perlu lagi membawa beg bagasi tambahan untuk pakaian kotor ketika pulang semula ke rumah.

Penggunaan VAGO yang mudah dan selamat hanya perlu dihidupkan menerusi sebuah powerbank. Ia tidak memerlukan bateri dan senang untuk dibawa ke mana-mana walaupun kami perlu memasukkannya ke dalam beg pinggang.

VAGO Travel Compressor didatangkan dengan beg zip khas bersaiz 60x50cm, kabel microUSB, kertas panduan, dan kad jaminan selama setahun. Empat pilihan warna ditawarkan antaranya putih, hitam, ungu, dan merah jambu.

Walaupun harga runcit diletakkan pada harga RM259, kami berasa ia sangat berbaloi untuk dimiliki kerana alat ini benar-benar membantu ketika kami ingin pergi bercuti, berkelah, ataupun berkhemah.

Beli VAGO: Lazada

Beli VAGO: Teknoratz (HARGA DISKAUN) *pm facebook kami

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend