USB4 Dengan Sokongan Protokol Thunderbolt 3 Mampu Catat Pemindahan Data Sehingga 40 Gbps Kini Diumumkan Comments Off on USB4 Dengan Sokongan Protokol Thunderbolt 3 Mampu Catat Pemindahan Data Sehingga 40 Gbps Kini Diumumkan

USB Promoter Group baru-baru ini telah mengumumkan secara rasmi kehadiran teknologi pemindahan data pantas menggunakan spesifikasi USB4. Dibangunkan dengan piawaian berasaskan Thunderbolt 3 yang telah diperkenalkan oleh Intel, USB4 berupaya menyokong kadar pemindahan data sehingga mencecah 40 Gbps.

USB4 yang tampil dengan antaramuka sambungan jenis USB Type-C ini bukan sahaja menjanjikan kadar pemindahan data dua kali ganda lebih laju berbanding USB 3.2 (Gen 2×2), tetapi ia juga akan mengekalkan keserasian sambungan dengan USB 2.0, USB 3.2, dan juga Thunderbold 3.

Standard USB4 ini akan pada pertengahan tahun 2019, dan buat masa ini lebih daripada 50 syarikat telah terlibat secara aktif dalam peringkat akhir pembangunan draf spesifikasi USB4.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend