Unit ‘Dummy’ OnePlus 8 Lite Mengesahkan Sokongan Tiga Kamera Pada Permukaan Yang Lebih Lebar Comments Off on Unit ‘Dummy’ OnePlus 8 Lite Mengesahkan Sokongan Tiga Kamera Pada Permukaan Yang Lebih Lebar

Berita mengenai kemunculan OnePlus 8 Lite bukanlah sesuatu yang baru diperkatakan kerana pada awal Disember 2019 yang lalu, imej pengolokan peranti ini telahpun dikongsikan untuk tatapan umum. Berbeza dengan rekaan siri OnePlus sebelum ini, OnePlus 8 Lite dilaporkan akan hadir dengan rekaan tiga kamera dan juga lubang kamera pada skrin.

This slideshow requires JavaScript.

Hari ini perkongsian berita itu mungkin ada kebenarannya apabila unit ‘dummy’ yang dipercayai milik OnePlus 8 Lite jelas dapat dilihat dalam rancangan bual bicara Pete Lau selaku CEO OnePlus. Berdasarkan minit ke 29:05 dalam video itu, OnePlus 8 Lite telah diletakkan pada bahagian depan kotak yang menempatkan pelbagai model OnePlus yang lain.

Permukaan dilihat agak timbul pada panel belakangnya.

Jika dirujuk kepada rekaan imej pengolokan sebelum ini, ia mengesahkan sokongan tiga kamera dengan permukaan yang lebih lebar. Malah permukaan kameranya juga kelihatan agak timbul daripada panel belakangnya yang tampil berkilat dengan efek kilauan cahaya berbentuk seakan huruf ‘S’.

Salah seorang hos dilihat sedang memegang unit dummy OnePlus 8 Lite dengan efek kilauan cahaya seperti huruf ‘S’.

Menurut khabar angin yang diperkatakan, OnePlus 8 Lite dijangka akan dikuasakan dengan pemproses yang lebih rendah daripada kelas pertengahan iaitu Qualcomm Snapdragon 765G. Selain itu ia juga dipercayai menyokong skrin berukuran antara 6.4/6.5 inci, dan juga port USB Type-C.

sumber

Baca juga:

Imej Pengolokan OnePlus 8 Lite Memperlihatkan Kelainan Pada Rekaan Tiga Kamera Utamanya

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend