UniPin Kini Boleh Didapati Di Semua 400 Kedai KK Super Mart Comments Off on UniPin Kini Boleh Didapati Di Semua 400 Kedai KK Super Mart 164

Gerbang pembayaran permainan terbesar Indonesia, UniPin kini melebarkan sayapnya ke Malaysia menerusi kerjasama eksklusif dengan syarikat peruncitan tempatan, KK Super Mart. Kini anda boleh mendapatkan ‘Pin’ tambah nilai di mana-mana 400 cawangan KK Super Mart di seluruh Malaysia.

Bersempena dengan kedatangan UniPin di Malaysia, UniPin turut mengadakan tawaran bonus kredit sebanyak 10% untuk setiap transaksi. Untuk mendapatkannya, pelanggan perlu membuat tambah nilai ke dalam dompet digital (eWallet) UniPin, yang mana ganjaran tersebut akan dikreditkan terus ke dalam akaun permainan. Tawaran promosi ini akan berakhir pada 21 September 2019.

CEO UniPin dan pengasas KK Super Mart (tengah) bersama pemain-pemain profesional permainan mudah alih.

Bagi yang belum tahu, UniPin merupakan perkhidmatan pembayaran atas talian yang merangkumi segala permainan mudah alih termasuklah PUBG mobile, Mobile Legends, Dota 2, Free Fire, Tekken 7, dan sebagainya.

Pada masa sama, UniPin turut mengumumkan pertandingan e-Sukan menerusi UniPin KK Super Mart Cup 2019 (UKK Cup) yang bakal berlangsung pada 29 September ini.

Dua kumpulan yang berada di peringkat terakhir akan dibawa mewakili Malaysia untuk kejohanan permainan terbesar di Cyber Arena Asia Tenggara (SEACA 2019) bagi merebut peluang memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM600,000.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari Facebook KK Super Mart atau layari portal rasmi SEACA.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend