Unihertz Atom Merupakan Telefon Pintar Android Tahan Lasak 4G Paling Kecil Di Dunia Comments Off on Unihertz Atom Merupakan Telefon Pintar Android Tahan Lasak 4G Paling Kecil Di Dunia

Jika kebanyakan pengeluar berlumba-lumba untuk memperkenalkan telefon pintar dengan sokongan paparan skrin yang besar, lain pun ceritanya dengan pengeluar dari China iaitu Unihertz. Apa yang menariknya, Unihertz Atom kini layak digelar sebagai telefon pintar Android tahan lasak paling kecil di dunia pernah dihasilkan setakat ini.

Dioperasikan dengan platform Android 8.1 Oreo dan dikuasakan oleh pemproses lapan teras berkelajuan 2.0 GHz, Unihertz Atom memiliki saiz kerangka yang sangat kecil iaitu hanya 96 x 45 x 18mm dengan berat 108g. Walaupun kecil, ia menjanjikan tahap ketahanan yang sangat baik melalui rekaan kerangka plastik dengan pengiktirafan IP68, sekaligus memastikannya kalis air, kalis debu dan juga tahan hentakan.

Unihertz Atom dikatakan akan dijual pada harga yang agak mahal iaitu USD300 (kira-kira RM1,190) pada penghujung tahun 2018 nanti.Tetapi ia boleh dimiliki pada harga hanya USD219 (kira-kira RM870) melalui Kickstarter.

Spesifikasi Unihertz Atom:

  • IP68
  • Dwi SIM
  • 4G LTE
  • Android 8.1 Oreo
  • 2.0GHz lapan teras
  • 64GB + RAM 4GB
  • 2.45 inci, 432 x 240 piksel
  • Kamera utama: 16 Megapiksel
  • Kamera hadapan: 8 Megapiksel
  • 2000 mAh
  • WiFi 802.11 a/b/g/n, Bluetooth v4.2, NFC, USB Type-C
  • Pengimbas cap jari
  • G-sensor, Gyroscope, Proximity sensor, Ambient Light sensor, Compass
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend