Unifi Turbo Untuk Pelanggan Sedia Ada Dengan Naik Taraf Percuma Sehingga 800Mbps Comments Off on Unifi Turbo Untuk Pelanggan Sedia Ada Dengan Naik Taraf Percuma Sehingga 800Mbps

Bersama-sama pengenalan Unifi Basic untuk golongan B40, Telekom Malaysia juga mengumumkan pelan naik taraf secara percuma kepada lebih 800,000 pelanggan Unifi sedia ada bermula 15 Ogos 2018.

Oleh itu, kepada mereka yang kini sedang melanggan pelan Unifi Lite, Unifi Advance, dan Unifi Pro tidak lama lagi anda akan menikmati kelajuan internet bermula 100Mbps sehingga 800Mbps. Naik taraf yang ditawarkan adalah seperti:

  • 20Mbps dinaik taraf sehingga 100Mbps
  • 30Mbps dinaik taraf sehingga 300Mbps
  • 50Mbps dinaik taraf sehingga 500Mbps
  • 100Mbps dinaik taraf sehingga 800Mbps

Difahamkan kerja naik taraf akan dilakukan secara berperingkat mengikut keupayaan teknikal serta terma dan syarat. Bagi yang masih belum menjadi pelanggan Unifi, anda masih belum terlambat untuk menikmati internet turbo ini dengan membuat pendaftaran sebelum 31 Disember 2018. Naik taraf pula akan dilakukan bermula tahun 2019.

Dalam masa sama, semakan harga untuk pelan Unifi Advance telah diturunkan kepada RM139 sebulan berbanding RM179 sebelum ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend