Unifi Mobile Kembali Dengan Pelan Tanpa Had Untuk Data, Panggilan, SMS Pada Harga RM99 Comments Off on Unifi Mobile Kembali Dengan Pelan Tanpa Had Untuk Data, Panggilan, SMS Pada Harga RM99

Produk terakhir yang diperkenalkan pada hari ini ialah pelan pascabayar Unifi Mobile Unlimited yang menawarkan pelan tanpa had pada harga RM99 sebulan. Ini juga boleh dikatakan ‘come back’ daripada rangkaian webe yang terdahulu.

Pakej ini merangkumi panggilan telefon, SMS, dan yang paling penting data internet tanpa had khasnya buat pelanggan Unifi dan Streamyx tanpa kontrak. Dalam masa sama, TM turut bawakan  Unifi Wireless Broadband tawaran internet mudah alih pada harga RM79 sebulan. Sebanyak 60GB kuota akan diberikan selain data hotspot sebanyak 10GB.

Meskipun begitu, kedua-dua pelan terbaharu ini hanya ditawarkan kepada para pengguna Unifi dan Streamyx bermula sedia ada sahaja.

Baca juga: Pengguna Streamyx Akan Terima Naik Taraf Ke Unifi Atau Kelajuan Internet Sehingga 2x Ganda

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend