Unifi Mobile Diperkenalkan Dalam Empat Pelan Baharu Pada Harga Bermula Daripada RM19 Sebulan 0 510

Sebagaimana yang kita sedia maklum, Telekom Malaysia (TM) sebelum ini hanya menawarkan satu sahaja pelan pascabayar tanpa had untuk para pelanggannya iaitu Unifi Mobile 99. Menariknya bermula hari ini (13 Disember 2018), TM telah memperkenalkan empat lagi pelan pascabayar baharu yang diletakkan di dalam kategori ‘Value Plan’.

Keempat-empat pelan yang sudah boleh dilanggan itu adalah Unifi Mobile 19, Unifi Mobile 29, Unifi Mobile 39 dan juga Unifi Mobile 59. Menariknya kesemua pelan baharu yang ditawarkan ini tidak terikat dengan sebarang kontrak, tetapi pelanggan perlu membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM50 bagi setiap pelan yang dipilih (kecuali RM100 untuk pelan Unifi Mobile 59).

Sekiranya kuota yang diberikan tidak mencukupi, pelanggan boleh membuat pembelian data ataupun suara & SMS tambahan secara berasingan pada harga yang telah ditetapkan. Jika pelanggan tidak mahu membuat langganan data tambahan, mereka masih boleh melayari Internet dengan kelajuan sehingga 128kbps.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang rasmi https://unifi.com.my/personal

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend