Unifi Lite Pengganti Kepada Streamyx Dengan Bayaran RM69/Sebulan, Bermula 1 September 2019 Comments Off on Unifi Lite Pengganti Kepada Streamyx Dengan Bayaran RM69/Sebulan, Bermula 1 September 2019 512

Bersama-sama pengenalan Unifi Air sebentar tadi, pihak TM turut mengumumkan penawaran Unifi Lite untuk pengguna Streamyx sedia ada. Ia merupakan pelan baharu untuk pengguna Streamyx yang tidak memiliki rangkaian LTE di kawasan mereka.

Secara asasnya ia masih menggunakan infrastruktur yang sama seperti sebelum ini melalui penggunaan wayar tembaga. Nampaknya, ia seperti penjenamaan semula bagi menyelaraskan perkhidmatan jalur lebar daripada Telekom Malaysia.

Unifi Lite akan diberikan kepada semua pelanggan Streamyx sedia ada bermula 1 September 2019 tanpa sebarang pengecualian. Kelajuan internet kekal sama (sehingga 8Mbps) seperti sebelum ini tetapi ditawarkan pada harga yang jauh lebih murah iaitu bermula RM69/sebulan.

Untuk pelanggan baharu pula, harga yang ditawarkan adalah sedikit mahal iaitu bermula RM89/sebulan. Sebagai permulaan, Unifi Lite hanya ditawarkan di 5 kawasan iaitu Shah Alam, Bangsar/Pantai Dalam, Johor Bahru, Butterworth, dan Georgetown.

Menurut TM, ini adalah usaha sementara sambil rangkaian baharu dilaksanakan sehingga tahun 2021 menerusi teknologi yang bersesuaian.

Selain daripada penawaran Unifi Air dan Unifi Lite, peneraju jalur lebar negara turut memperkenalkan perkhidmatan pemasangan terus ke rumah dalam tempoh 24-jam dan perkhidmatan bantuan sokongan ke rumah dalam tempoh 2-jam.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend