Unifi Basic Berkelajuan 30Mbps Dilancarkan Pada Harga RM79 Sebulan Untuk Golongan B40 Comments Off on Unifi Basic Berkelajuan 30Mbps Dilancarkan Pada Harga RM79 Sebulan Untuk Golongan B40

Telekom Malaysia (TM) hari ini mengumumkan pelan jalur lebar baharu yang dinamakan Unifi Basic. Produk yang diperkenalkan kali ini mensasarkan golongan B40 yang berpendapatan isi rumah RM4,500 dan kebawah.

Harga yang ditawarkan pula ialah RM79 sebulan dan menariknya kelajuan internet juga mencecah sehingga 30Mbps. Tawaran ini sebenarnya lebih berbaloi daripada pelan Streamyx sebelum ini yang mengenakan harga dua kali ganda lebih mahal pada kelajuan tiga kali ganda lebih perlahan.

Bagaimanapun, keterujaan kami mendengar pelan ini agak terbantut kerana pihak TM telah mengehadkan kuota internet kepada 60GB sebulan dan bukan tanpa had.

Bagi yang berminat, pendaftaran akan dibuka pada 15 Ogos 2018 menerusi laman sesawang TM. Untuk makluman, tiada pakej unifi TV dan perkhidmatan telefon disediakan untuk pelan Unifi Basic.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend