Unifi Air Diperkenalkan Untuk Pelanggan Streamyx Yang Berada Dalam Kawasan Liputan LTE Comments Off on Unifi Air Diperkenalkan Untuk Pelanggan Streamyx Yang Berada Dalam Kawasan Liputan LTE 329

Unifi hari ini telah mengumumkan satu lagi #khabarbaik kepada orang ramai melalui penawaran perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi tanpa wayar yang dinamakan Unifi Air.

Unifi Air ditawarkan khusus kepada pengguna Streamyx sedia ada sebagai penyelesaian kepada masalah capaian internet perlahan yang mana dengannya pengalaman internet akan menjadi lebih pantas.

Unifi Air merupakan sebuah alat seperti penghala (plug-and-play wireless modem) yang boleh diletakkan di mana-mana kawasan di dalam rumah. Ia dihidupkan oleh kad SIM LTE dan bukan kabel fiber, tembaga, dan sebagainya. Ia menawarkan kelajuan purata sebanyak 20Mbps serta menyokong sehingga 64 peranti dalam satu-satu masa.

Unifi Air didatangkan dengan pakej internet kuota tanpa had berharga RM79/sebulan dengan kontrak selama 24 bulan. Tiada bayaran pendahuluan dikenakan malah peranti juga boleh didapati secara percuma.

Dalam acara yang sama, pihak Unifi juga telah melancarkan aplikasi myUnifi untuk memudahkan pengguna menyemak bil, membayar bil, atau mendapatkan sokongan melalui perkhidmatan live-chat 24/7.

Bagi anda yang berada dalam kawasan liputan Unifi LTE yang juga sedang melanggan Streamyx, Unifi Air akan ditawarkan melalui panggilan telefon daripada pihak Unifi dalam masa terdekat ini. Pihak Unifi mengatakan sebanyak 35,000 pelanggan mereka kini berada dalam kawasan liputan unifi LTE seluruh negara.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend