Unifi 100Mbps Kini Boleh Dilanggan Pada Harga RM129 Comments Off on Unifi 100Mbps Kini Boleh Dilanggan Pada Harga RM129

TM hari ini mengemas kini tawaran jalur lebar mereka apabila unifi melancarkan pelan yang lebih murah berbanding sebelum ini. Melalui portal rasmi unifi, anda kini boleh melanggan unifi 30Mbps atau 100Mbps pada harga RM79 dan RM129 sebulan – lebih kurang seperti pelan Maxis One Home yang diperkenalkan pada bulan lepas.

Sebelum ini unifi 30Mbps dengan kuota 60GB sebulan hanya tertakluk kepada golongan B40 yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM4,500. Namun begitu, selepas Maxis mengumumkan pelan jalur lebar 30Mbps pada harga RM89, unifi dengan pantasnya telah menghapuskan syarat tersebut.

Baca juga: Maxis Umum Pelan Jalur Lebar Pantas Tanpa Had Pada Harga Munasabah – RM89 Untuk 30Mbps

Bagaimanapun, apa yang mengewakan kami ialah pihak TM sepatutnya mengemas kini jalur lebar setiap pelanggan sedia ada mereka dengan unifi Turbo dan selepas itu barulah tawarkan jalur lebar yang lebih murah seperti ini kepada pelanggan baharu. Bagi kami, ia menjadi tidak adil kepada pelanggan sedia ada kerana ada diantara mereka perlu menunggu sehingga awal Januari tahun depan sedangkan pelanggan baharu dapat menikmati harga yang murah bermula bulan ini. Apa pendapat anda pula?

Langgan unifi turbo sekarang.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend