UMIDIGI Z2 Hadir Dengan Sokongan Empat Kamera Ditawarkan Dalam Warna Unik, Twilight Dan Twilight Black Comments Off on UMIDIGI Z2 Hadir Dengan Sokongan Empat Kamera Ditawarkan Dalam Warna Unik, Twilight Dan Twilight Black

Mungkin ramai di pembaca di luar sana yang tidak pernah mendengar jenama UMIDIGI, dan untuk pengetahuan anda jenama ini sememangnya popular kerana hadir dengan rekaan yang diinspirasikan dari jenama-jenama popular. Nampaknya populariti warna unik Twilight pada Huawei P20 Pro pula menjadi insipirasi UMIDIGI Z2 apabila ia diperkenalkan dalam warna unik iaitu Twilight dan Twilight Black.

Hadir dengan sokongan empat kamera beresolusi 16 Megapiksel + 8 Megapiksel.

UMIDIGI Z2 yang menyokong paparan skrin berukuran 6.2 inci IPS LCD FHD+ (2246 x 1080 piksel) ini telah dikuasakan dengan pemproses MediaTek Helio P23, dioperasikan oleh antaramuka asal Android 8.1 Oreo, ruang storan 64GB dengan RAM 6GB, sokongan empat kamera yang beresolusi 16 Megapiksel + 8 Megapiksel untuk dua kamera hadapan dan juga dua kamera utamanya. Ketahanan bateri berkapasiti 3850 mAh ini turut menyokong pengecasan pantas 18W.

Hadir dalam tiga warna pilihan dan warna Twilight kelihatan mirip seperti warna yang telah dipopularkan oleh Huawei pada model P20 Pro.

Dijual pada harga USD249.99 (kira-kira RM997), UMIDIGI Z2 boleh dimiliki secara eksklusif di GearBest dalam tiga warna pilihan iaitu Black, Twilight dan juga Twilight Black.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend