UMIDIGI One Diumumkan Secara Rasmi Bersama One Pro Menawarkan Pengecasan Pantas Tanpa Wayar 15W Comments Off on UMIDIGI One Diumumkan Secara Rasmi Bersama One Pro Menawarkan Pengecasan Pantas Tanpa Wayar 15W

UMIDIGI baru sahaja memperkenalkan peranti terkini mereka One dan One Pro bagi menambah barisan model sedia ada Z2 dan Z2 Pro yang dilancarkan sebelum ini. Syarikat yang berasal dari China ini mengatakan peranti terbaharu ini sebuah telefon pintar kelas pertengahan yang memiliki badan bersaiz kompak.

Apakah dua model ini tawarkan ialah ia hadir dengan skrin bernisbah 19:9 bertakuk berukuran 5.9-inci dengan padanan bingkai nipis merangkumi 90 peratus keselurahan panel depan. Penggunaan skrin yang luas menjadikan peranti ini kompak seakan peranti bersaiz 5.2-inci.

Kedua-dua model ini dikuasakan cipset MediaTek Helio P23 berasaskan Android 8.1 Oreo dengan memori sebesar 4GB RAM dan apa yang membezakan ialah model asas menerima storan seluas 32GB sementara model Pro memiliki storan 64GB. One dan One Pro menawarkan gabungan dwi kamera 12MP dan 5MP dengan aperture serendah f/2.0 menerusi sensor 1/2.8″.

Bagi melengkapkan ia sebagai sebuah telefon pintar moden, teknologi pengecasan pantas 18W turut dimuatkan diiringi sokongan pengecasan pantas tanpa wayar 15W pada model Pro. Untuk model asas, proses pengecasan pantas terhad kepada kuasa output 5V/2A. Dua peranti ini menyokong sistem dwi spekaer untuk pengalaman audio yang lebih baik. Selain itu, pengimbas cap jari diletakkan di sebelah sisi kerangka.

Melalui laman sesawang UMIDIGI sendiri, One didatangkan dengan pilihan warna bercorak gentian karbon dan Pro dikemaskan dengan warna seakan Twilight. Masing-masing dijual dengan tanda harga USD169.99 (kira-kira RM683) dan USD199.99 (sekitar RM804).

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend