[Ulasan] Xiaomi Mi 9T Pro – Peranti Berprestasi Tinggi Untuk Segmen Kelas Pertengahan Comments Off on [Ulasan] Xiaomi Mi 9T Pro – Peranti Berprestasi Tinggi Untuk Segmen Kelas Pertengahan 305

Apabila pengeluar telefon pintar memperkenalkan beberapa model dari siri yang sama, kebiasaannya setiap model itu akan dibezakan dengan rekaan yang sedikit berbeza. Namun begitu apabila Xiaomi melancarkan telefon pintar baharunya iaitu Mi 9T dan Mi 9T Pro, kedua-dua model ini dilihat telah menampilkan rekaan fizikal yang 100% sama sahaja.

Namun begitu, sedar atau tidak pendekatan yang telah diambil oleh Xiaomi ini secara tidak langsung membantu dalam memastikan harga jualan yang sangat kompetitif untuk model yang lebih berkuasa. Ini jelas dapat dilihat pada model Mi 9T Pro yang selayaknya digelar sebagai peranti ‘flagship killer’ bagi meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh Pocophone F1.

Spesifikasi Xiaomi Mi 9T Pro:

  • Qualcomm Snapdragon 855
  • MIUI 10.3 (berasaskan Android 9.0 Pie)
  • Mi Turbo, Game Turbo 2.0
  • Sistem penyejukan grafit 8-lapisan
  • 6GB + 64GB / 6GB + 128GB (LPDDR4X / UFS2.1)
  • 6.39″ AMOLED FHD+ (2340 x 1080, 403ppi)
  • Corning Gorilla Glass 5, Pengimbas cap jari bawah skrin, HDR, 600nit
  • Kamera utama: 48MP (f/1.75, Sony IMX586) + 8MP (f/2.4, Telephoto, 2x zum optikal) + 13MP (f/2.4, Ultra Wide Angle)
  • Kamera depan: 20MP (f/2.2)
  • 4,000mAh (sokong pengecasan pantas QC4+ 27W)
  • GPS / Galileo / GLONASS / Beidou
  • Dwi SIM 4G+/4G/3G/2G (sokong VoLTE HD calling)
  • WiFi 802.11ac, Bluetooth 5.0 (Qualcomm TrueWireless Stereo Plus)
  • 156.7 x 74.3 x 8.8mm / 191g
  • Pilihan warna: Carbon Black / Flame Red / Glacier Blue

Harga dan ketersediaan

Xiaomi Mi 9T Pro ditawarkan dalam dua varian berbeza iaitu 6GB + 64GB serta 6GB + 128GB, dan ia sudahpun mula dijual secara rasmi di kedai rasmi Mi Stores dan juga penjual yang sah di seluruh negara. Selain dijual di kedai fizikal, anda juga boleh memilikinya di Lazada dan Shopee seperti berikut:

Pakej pembelian

Selain menampilkan rekaan fizikal yang sama seperti model Mi 9T, penampilan kotak pembungkusan dan juga pakej pembelian yang ditawarkan untuk Mi 9T Pro juga sama sahaja. Walaupun ia mampu menyokong teknologi pengecasan yang lebih pantas mencecah 27W, palam kuasa yang diberikan dalam kotak hanya menyokong output maksimum setakat 18W sahaja.

  • Xiaomi Mi 9T Pro
  • Sarung pelindung plastik keras
  • Palam kuasa (5V3A, 9V2A, 12V1.5A)
  • Kabel USB Type-C
  • Buku panduan
  • Pin ejektor

Rekaan fizikal

Tidak dinafikan lagi bahawa penampilan rekaan fizikal antara Mi 9T dan Mi 9T Pro sememangnya sama sahaja. Malah jika diletakkan kedua-dua model ini secara bersebelahan, sudah tentunya agak sukar untuk anda membezakan yang mana satu Mi 9T dan Mi 9T Pro. Jika sebelum ini kami menerima unit ulasan Mi 9T dalam warna Carbon Black, untuk Mi 9T Pro kami telah diberikan pula warna Glacier Blue.

Dari segi rekaan panel depan, peranti ini masih dilengkapi dengan paparan skrin penuh FHD+ berukuran 6.39 inci. Selain menyokong pengimbas cap jari dalam skrin, keistimewaan paparan skrin AMOLED adalah keupayaan untuk dilengkapi dengan fungsi Always-On Display yang boleh dipilih gaya penampilannya. Sensor pengimbas cap jari dalam skrin pada Mi 9T Pro tidak dinafikan laju, tetapi adakalanya proses imbasan cap jari terasa agak perlahan apabila permukaan jari tidak diletakkan betul-betul di atas sensor.

Kamera swafoto Mi 9T Pro menyokong resolusi 20MP dan ia tersembunyi di sebalik rekaan kamera jenis pop-naik yang terdapat pada bahagian atas kerangkanya. Selain efek bunyi kamera naik dan turun yang boleh dimatikan, bahagian kiri dan kanan kamera depannya turut tersedia dengan lampu LED berwarna biru.

Walaupun disasarkan untuk segmen kelas pertengahan premium, rekaan panel belakang Mi 9T Pro dalam warna Glacier Blue atau Flame Red boleh dikatakan antara yang paling menyerlah penampilannya. Ini kerana bahagian sisi peranti ini akan menghasilkan efek biasan cahaya yang agak unik apabila dilihat dari sudut berbeza. Pada bahagian ini turut menempatkan sistem tiga kamera 48MP dengan susunan menegak.

Bahagian atas kerangka Mi 9T Pro tersedia dengan bicu audio 3.5mm dan menariknya bahagian atas kamera pop-naik peranti ini turut menempatkan lampu LED notifikasi yang akan dinyalakan apabila anda menerima mesej ataupun panggilan terlepas. Manakala bahagian bawah peranti ini pula boleh ditemui port USB Type-C dengan sokongan pengecasan pantas 27W, slot dwi kad SIM (tiada slot microSD), dan juga speaker mono.

Sisi kerangka jenis aluminium pada Mi 9T Pro menampilkan kemasan warna yang sama seperti kemasan panel belakangnya yang diperbuat daripada kaca. Penggunaan butang kuasa berwarna merah secara tidak langsung telah berjaya membantu menyerlahkan lagi penampilan keseluruhan Mi 9T Pro.

 

Apa yang membezakan Xiaomi Mi 9T Pro dengan Xiaomi Mi 9T?!

Dari aspek luaran, tiada keunikan yang boleh anda bezakan antara Mi 9T Pro dan juga Mi 9T, jadi mungkin ada di antara anda yang tertanya-tanya apakah sebenarnya perbezaan sebenar antara kedua-dua model ini. Jadi bagi memudahkan anda melihat sendiri apa kelainan atau penambahbaikan yang disertakan pada Mi 9T Pro, kami telah senaraikannya seperti berikut:

#1. Cipset pemproses setanding peranti ‘flagship’

Perbezaan paling utama yang dapat dilihat pada Mi 9T Pro sudah tentunya sokongan cipset pemproses yang jauh lebih berkuasa setanding peranti flagship yang dijual pada harga jauh lebih mahal. Dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 855, Mi 9T Pro sudah tentunya layak untuk digelar sebagai peranti ‘flagship killer’.

Ujian penanda aras:

Tetapan grafik PUBG Mobile:

#2. Sensor kamera 48MP lebih berkuasa

Mi 9T Pro sebenarnya menyokong sensor Sony IMX586 berbanding Sony IMX582 pada Mi 9T. Apa yang membezakan antara kedua-dua sensor ini adalah keupayaan Sony IMX586 yang mampu merakam video 4K 90fps, tetapi Xiaomi telah mengehadkan Mi 9T Pro untuk menyokong rakaman video setakat 4K 60fps sahaja. Manakala untuk model lebih mampu milik iaitu Mi 9T pula hanya boleh membuat rakaman video 4K 30fps.

#3. Teknologi pengecasan pantas QC4+

Kapasiti bateri 4000mAh masih dikekalkan pada Mi 9T Pro, tetapi ia kini dilengkapi dengan teknologi pengecasan pantas Quick Charge 4+ yang mampu menyokong output maksimum sehingga 27W. Malah Xiaomi telah mendakwa bahawa dalam tempoh 30 minit, Mi 9T Pro boleh dicas sehingga 58%. Walau bagaimanapun proses pengecasan sebenar Mi 9T Pro tidak dapat diuji sepenuhnya kerana ia hanya didatangkan dengan palam kuasa 18W dalam kotak pembelian.

#4. Sistem penyejukan grafit 8-lapisan

Pengalaman permainan pada Mi 9T Pro telah dioptimumkan sebaiknya melalui kombinasi antara cipset Snapdragon 855 berkuasa, Game Turbo 2.0 yang mampu mengurangkan latency skrin sentuh serta meningkatkan responsif, dan yang paling penting adalah penyediaan sistem penyejukan grafit 8-lapisan yang mampu mengurangkan teras CPU sehingga 8°C. Berdasarkan pengalaman kami ketika memainkan permainan PUBG Mobile pada tetapan grafik tertinggi, tidak dinafikan peranti terasa sedikit panas tetapi ia berjaya disejukkan dengan lebih cepat.

#5. GPS dwi frekuensi

Tanpa anda sedari, Mi 9T Pro turut dilengkapi dengan teknologi GPS dwi frekuensi secara serentak menggunakan isyarat satelit dwi-frekuensi L1+L5 bagi memperbaiki kedudukan anda dengan lebih tepat. Berbeza dengan sokongan GPS konvensional pada Mi 9T, GPS dwi-frekuensi sememangnya sangat berguna untuk pengguna yang tinggal di kawasan bandar yang lebih mudah mengalami gangguan isyarat frekuensi.

Hasil gambar…

This slideshow requires JavaScript.

Kesimpulan

Pada pendapat kami, Mi 9T Pro sememangnya layak digelar sebagai ‘flagship killer’ kerana dengan harga jualan bermula daripada RM1,599 untuk varian 64GB, ia sememangnya sukar dicabar oleh mana-mana peranti mercu yang lain. Bahkan jika dibandingkan dengan model Pocophone F1 yang sebelum ini pernah mencetuskan fenomena, Xiaomi dilihat tidak mengabaikan aspek rekaan premium pada Mi 9T Pro.

Tidak dinafikan  Mi 9T Pro bunkanlah peranti berprestasi tinggi yang terbaik di pasaran kerana ia masih memiliki banyak kekurangan seperti tiada fungsi pengecasan tanpa wayar, tiada ciri kalis air dan debu, tiada speaker stereo dan sebagainya. Tetapi apabila diambil kira soal harga jualannya, kekurangan itu mungkin tidak patut dipersoalkan.

Kelebihan

  • Walaupun dijual pada harga yang mampu milik, ia masih mampu menawarkan sokongan spesifikasi yang berkuasa setanding peranti yang dijual pada harga jualan yang jauh lebih mahal.
  • Pengalaman permainan terbaik kerana proses penyejukan dibantu oleh sistem penyejukan grafit 8-lapisan yang mampu menyejukkan peranti sehingga 8°C.
  • Menyokong teknologi pengecasan pantas 27W yang jauh lebih pantas berbanding Mi 9T yang hanya menyokong output 18W.
  • Masih mengekalkan sokongan bicu audio 3.5mm yang memudahkan sambungan fon telinga berwayar.
  • Rekaan panel belakang kaca dengan efek biasan cahaya yang sangat unik untuk warna Flame Red dan Glacier Blue.

Kekurangan

  • Tiada slot kad microSD, jadi anda digalakkan untuk memilih varian tertinggi iaitu 128GB.
  • Pengalaman multimedia atau aktiviti permainan yang kurang menarik kerana hanya tersedia dengan satu speaker sahaja.
  • Palam kuasa 27W perlu dibeli secara berasingan kerana hanya palam kuasa 18W ditawarkan di dalam kotak, dan tidak menyokong teknologi pengecasan tanpa wayar.
  • Kamera depan jenis terangkat ini mungkin sangat menjengkelkan apabila digunakan untuk tujuan pengecaman wajah.
  • Tidak menyokong ciri kalis air atau debu.
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend