[Ulasan] Powerbank 10000mAh Tronsmart Trim USB-C 18W, Istimewa Untuk Pengguna iPhone Comments Off on [Ulasan] Powerbank 10000mAh Tronsmart Trim USB-C 18W, Istimewa Untuk Pengguna iPhone 120

Pengenalan

Trim 10000mAh USB-C Powerbank merupakan pek bateri tambahan terbaru daripada Tronsmart. Ia manawarkan solusi kepada anda yang mahukan pengecasan pantas untuk iPhone tidak kira di mana sahaja anda berada.

Secara asas, Tronsmart Trim direka khusus untuk pengguna iPhone 8, 8 Plus, X, XR, XS, XS Max, dan yang terbaru iPhone 11, 11 Pro, dan 11 Pro Max. Dengan pengiktirafan MFI, powerbank ini sesuai digunakan di semua iPhone malah ia juga menyokong pengecasan pantas 18W seperti yang dicadangkan oleh Apple.

Reka bentuk

Tronsmart Trim 10000mAh didakwa sebagai powerbank 10000mAh paling nipis di dunia yang boleh didapati di pasaran sekarang. Tidak dinafikan, saiz powerbank ini agak kompak jika mahu dibandingkan dengan powerbank berkapasiti besar dari jenama lain. Saiz badannya juga lebih kurang seperti sebuah telefon pintar malah dengan rekaan yang ergonomik, powerbank juga selesa untuk digenggam.

Rekaan sisi yang melengkung turut membolehkan ia diangkat dengan mudah dari meja atau mana-mana permukaan rata. Dengan Tronsmart Trim, telefon pintar yang ditindihkan semasa pengecasan tidak mudah menggelongsor kerana permukaan badan powerbank ini disalut dengan bahan plastik kesat berkualiti tinggi yang mudah dibersihkan. Ia memiliki berat kurang dari 200g malah berat yang seimbang membuatkan ia selesa untuk dipegang dari mana-mana bahagian tubuh.

IO Port

Tronsmart Trim menyediakan port utama iaitu jenis USB-C untuk mengecas atau dicas. Ia menawarkan kuasa output maksima 18W menerusi teknologi Power Delivery (PD) dalam tiga format iaitu:

  • 5V – 3.0A
  • 9V – 2.0A
  • 12V – 1.5A

Manakala port kedua pula ialah jenis USB-A yang boleh mengecas telefon pintar Android dengan sokongan pengecasan pantas Quick Charge 3.0 menggunakan format:

  • 5-6V – 3.0A
  • 6-9V – 2.0A
  • 9-12V – 1.5A

Sementara port ketiga adalah microUSB yang hanya boleh digunakan untuk input sahaja sekiranya anda tidak memiliki kabel USB-C untuk mengecas powerbank ini.

Ciri Keselamatan

Membawa powerbank bukan sahaja membebankan tetapi dapat mengundang bahaya kepada anda jika ianya produk tiruan atau tidak diiktiraf oleh MCMC. Dengan Tronsmart Trim, anda kini tidak perlu risau kerana ia terbukti selamat digunakan kerana hadir dengan enam ciri keselamatan yang mampu mengelak dari sebarang kecelakaan.

  • Short-circuit Protection
  • Over-voltage Protection
  • Over-charge Protection
  • Over-current Protection
  • Over-discharge Protection
  • Over-temperature Protection

Ujian Pengecasan

Keputusan ujian pengecasan untuk Tronsmart Trim Powerbank ini agak mengagumkan apabila ia dapat mengecas iPhone XR hanya dalam tempoh lebih kurang 1 jam 30 minit sahaja. Ia sekaligus menyamai proses pengecasan menggunakan palam kuasa MacBook yang dicadangan oleh Apple.

Untuk tempoh 30 minit pertama, anda akan menikmati bateri sekitar 50%, dan selepas peratus bateri telah mencapai kepada 95%, sistem akan memperlahankan kuasa mengecas penuh bateri untuk tempoh yang sedikit lama. Perkara ini dianggap normal bagi bagi tujuan keselamatan pada masa sama dapat menjaga hayat bateri.

Indikator LED untuk menunjukkan peratus bateri

Tronsmart Trim boleh dicas penuh dari kosong dalam tempoh 4.5 jam menggunakan palam kuasa 18W. Selain daripada itu, anda mungkin perlu menunggu semalaman untuk pek bateri 10000mAh ini dipenuhkan.

Kesimpulan

Tronsmart Trim 10000mAh USB-C (PBD01) bukan sahaja menawarkan pengecasan pantas untuk iPhone malah ia juga boleh mengecas peranti lain dengan serentak. Ia juga didatangkan dengan waranti selama dua (2) tahun yang dilihat paling lama diberikan oleh pengeluar untuk sebuah powerbank.


Untuk menikmati proses pengecasan yang lancar dan cekap, powerbank ini juga didatangkan dengan pakej berupa kabel Tronsmart USB-C ke Lightning (2m) pada harga RM298 melalui kedai rasmi Tronsmart di:

  • Lazada – (Powerbank + Cable Bundle)
  • Shopee – (Powerbank sahaja)

Bagi yang kurang mengenali jenama ini, Tronsmart merupakan pengeluar aksesori telefon pintar pihak ketiga yang terkemuka berasal dari Amerika Syarikat. Kini jenama mereka diterima ramai di Malaysia.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend