[Ulasan] Motorola One Kini Buat Penampilan Semula Dalam Rekaan Serba Baharu Comments Off on [Ulasan] Motorola One Kini Buat Penampilan Semula Dalam Rekaan Serba Baharu 836

Motorola baru sahaja menyambut ulang tahun yang ke-90 pada tahun 2018 yang lalu, dan tepat pada masanya Motorola kini telah membuat penampilan semula di Malaysia dengan kemunculan model Motorola One. Tidak dinafikan bahawa Motorola bukanlah satu jenama yang menjadi pilihan utama di kalangan pengguna di negara ini, tetapi Motorola One mungkin mampu mengubah persepsi terhadap Motorola…

Harga & Ketersediaan

Spesifikasi

  • Android 9.0 Pie (berasaskan platform Android One)
  • Qualcomm MSM8953 Snapdragon 625 (14nm)
  • Octa Core Cortex A53 (2.0 GHz)
  • Adreno 506 @ 650 MHz
  • 4GB + 64GB
  • microSD sehingga 256GB (slot berasingan)
  • 5.9 inci LTPS IPS LCD, HD+ (1520 x 720 piksel)
  • 2.5D Corning Gorilla Glass
  • Kamera belakang: 13MP PDAF (1.12µm, f/2.0) + 2MP (1.75µm, f/2.4)
  • Kamera depan: 8MP (1.12µm, f/2.2)
  • 3000 mAh (TurboPower 18W)
  • WiFi 802.11n (2.4GHz + 5GHz), USB Type-C, Bluetooth 5.0, NFC, Bicu audio 3.5mm
  • Pengimbas cap jari dan pengecaman wajah
  • Slot kad: nano SIM + nano SIM + microSD
  • Speaker mono (Dolby Audio)
  • Kalis percikan air (P2i)
  • 150 x 72 x 7.97mm / 162g
  • Pilihan warna: Black, White

Kotak Pembungkusan


Walaupun dijual pada harga di bawah RM800, Motorola One menawarkan pakej pembelian yang sangat baik dan boleh dikatakan antara yang terlengkap berbanding peranti lain di pasaran.

  • Motorola One
  • Sarung pelindung silikon
  • Pelindung skrin
  • Palam kuasa (TurboPower 18W)
  • Kabel USB Type-C
  • Fon telinga
  • Pin ejector tool
  • Buku panduan

 

Reka Bentuk Fizikal

Skrin

Motorola One kini menjadi peranti pertama daripada Motorola yang menampilkan skrin IPS LCD berukuran 5.9 inci dengan rekaan takuk yang agak lebar. Tampil dengan permukaan skrin 2.5D Corning Gorilla Glass, ia bukanlah paparan skrin terbaik di pasaran kerana hanya menyokong resolusi HD+ sahaja.

Sungguhpun begitu, ia tidak bermaksud kualiti paparannya teruk kerana imej yang dipaparkan masih kelihatan jelas dengan warna yang lebih asli. Bahkan anda juga boleh memaparkan ruangan notifikasi dengan meleretkan jari ke bawah di tengah paparan skrin tanpa perlu meleretkannya dari bezel atas ke bawah seperti biasa.

Kamera Depan

Rekaan takuk yang lebar pada Motorola One ini telah menempatkan kamera depan beresolusi 8MP yang turut dilengkapi dengan lampu LED swafoto, sensor proximity serta ambient light, dan juga lubang earpiece. Agak mengecewakan kerana Motorola One tidak tersedia dengan LED notifikasi bagi memudahkan pengguna memantau status peranti.

Kamera Utama

Sokongan dwi kamera pada telefon pintar boleh dianggap satu trend normal pada masa kini, tetapi sekurang-kurangnya Motorola One menampilkan rekaan yang lebih unik. Kamera belakang peranti ini hadir dengan kombinasi lensa utama beresolusi 13MP dan lensa kedua 2MP bagi mendapatkan efek bokeh yang lebih baik.

Pengimbas Cap Jari

Keunikan rekaan pada Motorola One ini diteruskan lagi dengan penyediaan pengimbas cap jari pada panel belakangnya yang menerima sentuhan logo ‘Motorola’ di atas permukaan sensor itu. Proses mengimbas cap jari agak pantas dan peranti boleh terus diakses walaupun ia berada dalam mod sleep.

Panel Belakang Kaca

Kebanyakan telefon pintar dengan harga jualan bawah RM1000 akan menyokong panel belakang yang diperbuat daripada akrilik untuk mengurangkan kos. Tetapi Motorola One masih mampu menjanjikan rekaan yang premium kerana ia menyokong panel belakang yang diperbuat daripada kaca jenis 2.5D.

Bicu Audio 3.5mm

Bahagian atas kerangka Motorola One tidak dibiarkan kosong kerana ia telah menempatkan bicu audio 3.5mm dan juga sebuah lubang mikrofon.

Port USB Type-C

Bahagian bawahnya pula tersedia dengan port USB Type-C yang hadir dengan sokongan pengecasan pantas TurboPower yang mampu menerima input pengecasan maksimum sehingga 18W. Di sebelah kiri port itu merupakan lubang mikrofon kedua, manakala di sebelah kanannya pula tersedia dengan satu speaker berkualiti Dolby Audio.

Butang Fizikal

Sisi kanan Motorola One boleh ditemui dua butang kawalan fizikal iaitu butang melaras audio dan juga butang kuasa. Kedua-dua butang ini memiliki permukaan yang licin sama seperti kemasan kerangkanya.

Slot Kad

Motorola One membolehkan anda untuk menggunakan dua kad SIM bersaiz nano dan juga kad microSD secara serentak kerana ia memiliki tiga slot kad berasingan.

 

Antaramuka

Dioperasikan oleh platform Android One, Motorola One hadir dengan antaramuka Android asli tanpa lambakan aplikasi pra-pasang daripada pengeluar. Sokongan Android 9.0 Pie pada peranti ini membolehkan pengguna untuk menggunakan pelbagai fungsi menarik seperti sistem navigasi skrin penuh, PiP (Picture-in-Picture) dan banyak lagi.

 

Ciri-Ciri Menarik

1. Moto Actions & Display

Sebagaimana model Motorola yang lain, peranti ini turut menyokong satu aplikasi eksklusif yang dikenali sebagai ‘Moto’ yang menawarkan dua fungsi utama iaitu Moto Actions yang membolehkan anda menggunakan gerakan khas untuk mengaktifkan lampu suluh ataupun akses kamera pantas.

Fungsi kedua iaitu Moto Display pula memudahkan anda untuk melihat masa, tarikh ataupun peratusan bateri tanpa perlu mengakses peranti. Lebih menariknya, anda juga boleh memantau penerimaan notifikasi dan melaksanakan tindakan seterusnya menggunakan kaedah leretan seperti membaca notifikasi, mengabaikan notifikasi, ataupun membuka peranti tanpa perlu menekan sebarang butang.

Dolby Audio

Motorola One hanya menyokong satu speaker sahaja, tetapi kehadiran aplikasi pra-pasang Dolby Audio memastikan kualiti bunyi yang sangat baik sekiranya ditala dengan betul. Terdapat empat mod audio boleh dipilih iaitu Dynamic, Movie, Music dan juga Custom, dan pengaktifan setiap mod ini memberikan efek bunyi yang berbeza. Efek bunyi lebih dirasai apabila anda memakai fon telinga.

USB Type-C 18W

Dijual pada harga bawah RM800, Motorola One tersedia dengan port USB Type-C yang menjanjikan teknologi pengecasan pantas sehingga 18W. Tanpa perlu membeli aksesori berasingan, pakej pembelian model ini akan turut menerima palam kuasa Motorola TurboPower yang menyokong output pengecasan 5V3A (15W) / 9V2A (18W) / 12V1.5A (18W).

 

Prestasi

Ujian Penanda Aras

Pengalaman Permainan

Untuk permainan PUBG Mobile, tetapan grafik telah disetkan ke mod paling rendah iaitu ‘Low’ kerana Motorola One menyokong spesifikasi yang agak rendah seperti sokongan skrin beresolusi HD+ dan dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 625. Namun begitu, pengalaman bermain dalam mod ini tidaklah begitu mengecewakan. Tetapi sekiranya anda gemar bermain game, Motorola One bukanlah pilihan yang terbaik boleh anda miliki untuk segmen harga RM800.

 

Hasil Gambar

 

Kelebihan

+ Reka bentuk yang kini telah diperbaharui dengan elemen rekaan yang lebih ringkas tetapi menarik perhatian.

+ Saiz kerangka yang kompak dengan skrin penuh menjanjikan keselesaan penggunaan yang lebih baik.

+ Penyediaan tiga slot kad berasingan membolehkan anda menggunakan kad microSD dengan dua kad nano SIM secara serentak.

+ Sokongan Android One menjanjikan kelancaran pengoperasian dan akan menerima kemas kini utama Android untuk tempoh dua tahun.

+ Pakej pembelian yang lengkap dengan penawaran aksesori tambahan seperti sarung pelindung silikon, pelindung skrin, fon telinga dan juga palam kuasa dengan sokongan teknologi pengecasan pantas.

Kekurangan

– Masih menggunakan pemproses yang diperkenalkan pada pertengahan tahun 2016, dan ia sememangnya bukan pilihan terbaik untuk ‘kaki games’.

– Paparan skrin dengan resolusi HD+ mengehadkan tontonan YouTube dalam kualiti 720p sahaja.

– Kapasiti bateri 3000 mAh merupakan antara yang terkecil ditawarkan pada telefon pintar dengan bajet harga yang sama.

– Kualiti kamera agak sederhana dan tahap kejelasan atau ketajaman imej kurang memuaskan apabila gambar diambil pada waktu malam.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend