[Ulasan] ‘Kuasakan Kehidupan Digital Anda Dengan UGREEN’ – Pengecasan Pantas Untuk Android & iOS Comments Off on [Ulasan] ‘Kuasakan Kehidupan Digital Anda Dengan UGREEN’ – Pengecasan Pantas Untuk Android & iOS 326

Teknologi pengecasan pantas pada telefon pintar bukan lagi satu fungsi yang diperkenalkan untuk peranti mercu sahaja, ini kerana teknologi ini turut menjadi trend biasa untuk kebanyakan peranti mampu milik di pasaran. Sungguhpun begitu, masih terdapat telefon pintar dengan sokongan pengecasan pantas yang didatangkan dengan palam kuasa dengan output pengecasan setakat 5W/10W sahaja.

Menariknya baru-baru ini kami telah diberi peluang untuk mencuba sendiri dua model palam kuasa daripada UGREEN dengan sokongan Qualcomm Quick Charge 3.0, dan juga kabel USB-C (PD) ke Lightning yang berupaya menjanjikan proses mengecas yang jauh lebih pantas.

Kenali Jenama UGREEN?!

UGREEN merupakan sebuah syarikat yang berpangkalan dari Shenzhen, China, dan ia telah ditubuhkan pada tahun 2009 dengan kepakaran dalam penghasilan produk dan penyelesaian untuk sambungan audio/video profesional serta penukar (converter) multimedia. Dengan pengalaman selama 9 tahun, UGREEN kini memiliki lebih 1000 kakitangan, termasuk 150 jurutera R&D dan juga 60 pereka profesional.

Malah jenama UGREEN kini sudah berjaya menembusi pasaran di 60 buah negara di seluruh dunia dan juga platform e-dagang popular, termasuklah Amazon, Shopee, Lazada, eBay, AliExpress serta Souq.com.

#1 – UGREEN 30W Dual USB Fast Charger Plug with Type C Power Delivery

Berbeza dengan kebanyakan palam kuasa dengan sokongan pengecasan pantas Quick Charge 3.0 yang lain di pasaran, UGREEN 30W Dual USB tidak dinafikan memiliki saiz kerangka yang agak besar dan berat. Tampil dengan kemasan berwarna hitam, bahagian sisi kirinya tersedia dengan logo ‘UGREEN’, manakala sisi kanannya pula memaparkan spesifikasi palam kuasa ini.

Di sebalik rekaannya yang agak besar, UGREEN 30W Dual USB ini menjanjikan satu keistimewaan iaitu keupayaannya untuk menghasilkan kombinasi output maksimum mencecah sehingga 30W. Menariknya terdapat dua port berasingan disediakan iaitu USB-A dengan output pengecasan 5V2.4A (12W), dan juga port USB-C PD (Power Delivery) yang berupaya menghasilkan output sehingga 9V2A (18W).

Pembelian UGREEN 30W Dual USB 3-pin akan turut disertakan sekali dengan kabel USB-C ke USB-C sepanjang 1 meter secara percuma. Manakala kabel USB-C ke Lightning yang akan digunakan untuk mengecas iPhone boleh dibeli secara berasingan.

Kami juga ada mencuba palam kuasa ini pada peranti yang menggunakan teknologi pengecasan pantasnya sendiri seperti HUAWEI (HUAWEI SuperCharge 22.5W), dan ia masih boleh dicas dengan pantas tanpa masalah. Namun begitu output pengecasan maksimum yang diterima bukanlah maksimum 22.5W (SuperCharge) tetapi setakat 18W (FastCharge) sahaja.

Spesifikasi:

  • Input: 100-240V~ 50/60Hz 1A (maksimum)
  • USB Output: 5V2.4A (12W)
  • PD Output: 5V3A (15W) / 9V2A (18W)
  • Jumlah Output: 30W (maksimum)
  • Qualcomm Quick Charge 3.0

Nikmati promosi ‘UGREEN Global Brand Day’ – 26 hingga 28 Julai 2019:

Perhatian! Pihak UGREEN baru sahaja memaklumkan kepada kami bahawa UGREEN 30W Dual USB Fast Charge tidak tersedia di pasaran buat masa ini. Namun begitu, pihak UGREEN telah mengumumkan produk UGREEN USB-C Power Delivery 3.0 yang akan dijual dalam masa terdekat.

USB-C Power Delivery 3.0 (Akan Datang)

    • USB-C Power Delivery (PD) 3.0
    • Pengecasan pantas 18W dengan output 5V3A atau 9V2A
    • Pengecasan pantas PD untuk iPhone dengan kabel USB-C ke Lightning original
    • 30 minit mampu mengecas 50% bateri iPhone X
    • Sesuai dengan PD 2.0, QC 4.0 dan juga BC 1.2
    • Voltan fleksibel antara 3.3V hingga 11V

#2 – UGREEN USB C to Lightning Cable

Sebagai kombinasi terbaik untuk produk yang pertama, UGREEN turut memperkenalkan aksesori UGREEN USB C to Lightning Cable untuk digunakan pada peranti Apple yang menyokong teknologi pengecasan pantas. Melalui pengiktirafan Apple MFI, kabel ini turut menggunakan cip rasmi daripada Apple yang memiliki nombor siri unik bagi setiap kabel yang dihasilkan.

Selain palam kuasa UGREEN, kabel ini juga sesuai untuk disambungkan ke MacBook Pro dan juga pengecas atau powerbank dengan sokongan USB-C. Dengan sokongan output USB-C PD (36W) dengan pengecasan pantas maksimum sehingga 3A, kabel dengan sokongan palam Apple C94 Lightning ini juga boleh digunakan untuk tujuan pemindahan data pada kelajuan sehingga 480Mbps.

This slideshow requires JavaScript.

Berbeza dengan kabel original yang diberikan oleh Apple, UGREEN USB C to Lightning Cable turut menjanjikan kualiti binaan yang tebal melalui perlindungan TPT-80A. Bahagian hujung kabel ini juga tidak mudah untuk bengkok dan dalam masa yang sama bahagian palam penyambungnya pula tidak akan berkarat.

UGREEN dilengkapi dengan palam C94 (plat silver) yang menjanjikan pengecasan/penghantaran data lebih pantas serta selamat. Manakala kabel original Apple hanya menyokong palam C48 (plat emas).

Ciri-Ciri:

  • Sesuai digunakan dengan palam kuasa USB-C dengan output 18W, 29W, 30W, 36W dan 60W.
  • Pengecasan pantas maksimum 3A.
  • Menerima pengiktirafan Apple MFI.
  • Menggunakan cip rasmi daripada Apple.
  • Sesuai untuk iPhone 8/8 Plus, iPhone X, iPhone XR, iPhone XS dan iPhone XS Max.

Nikmati promosi ‘UGREEN Global Brand Day’ – 26 hingga 28 Julai 2019:

Ujian masa pengecasan:

Untuk menguji kepantasan mengecas iPhone XR (2942mAh) yang dilengkapi dengan teknologi pengecasan pantas 18W, kami telah menggunakan palam kuasa UGREEN 30W Dual USB bersama-sama dengan kabel UGREEN USB C to Lightning Cable. Berdasarkan ujian yang telah kami jalankan, ia hanya mengambil masa 1 jam 30 minit untuk mengecas dari 19% hingga 99%.

Proses mengecas dilihat sangat pantas di awal proses pengecasan dan ini jelas dapat dilihat ia hanya mengambil masa hanya 30 minit untuk peratusan bateri naik sebanyak 48%. Tetapi selepas peratusan bateri mencecah sekitar 80%, kepantasan mengecas akan dikurangkan sedikit menggunakan output 5V3A (15W) berbanding 9V2A (18W) di awal pengecasan.

#3 – UGREEN Qualcomm Quick Charge 3.0 18W Wall Charger

Dari segi binaan dan juga kemasan fizikalnya, ia sama sahaja seperti produk yang pertama, tetapi tampil lebih kompak berukuran 52 x 45 x 25mm. Menerima pengiktirafan Quick Charge 3.0 daripada Qualcomm, palam kuasa ini dilengkapi dengan pelbagai perlindungan seperti PWM Control dan MOS Varactor.

This slideshow requires JavaScript.

Ujian masa pengecasan:

Untuk ujian kepantasan mengecas Nokia 8.1 (3500mAh) yang dilengkapi dengan teknologi pengecasan pantas 18W. Proses mengecas dimulakan apabila kapasiti bateri masih berbaki 25%, dan dalam masa tempoh 30 minit pertama peratusan bateri telah naik sebanyak 41% kepada 66%. Manakala masa pengecasan dari 25% hingga ke 100% mengambil masa lebih kurang 1 jam 35 minit.

Spesifikasi:

  • Input: 100-240V~ 50/60Hz 500mA (maksimum)
  • USB Output: 5V3A (15W) / 9V2A (18W) / 12V1.5A (18W)
  • Jumlah Output: 18W (maksimum)
  • Qualcomm Quick Charge 3.0

Nikmati promosi ‘UGREEN Global Brand Day’ – 26 hingga 28 Julai 2019:

PROMOSI ‘UGREEN GLOBAL BRAND DAY’

Nota: pautan promosi dan juga baucar ada kami selitkan di atas

Bermula hari ini (26 Julai) hingga 28 Julai 2019 (Ahad) nanti, UGREEN telah mengadakan promosi ‘UGREEN Global Brand Day’ yang menjanjikan diskaun hebat dan juga baucar rebat tambahan mencecah sehingga RM30. Tidak cukup dengan itu, pembaca TeknoRatz akan turut layak menerima baucar eksklusif tambahan sebanyak 10% untuk produk UGREEN terpilih.

Kesimpulan

Tidak dinafikan terdapat banyak pengeluar aksesori yang menampilkan tetapi apa yang membezakan UGREEN dengan jenama pihak ketiga yang lain adalah nilai belian yang lebih berbaloi. Ini kerana walaupun ia menyokong rekaan yang berkualiti dengan pengiktirafan Qualcomm Quick Charge 3.0 dan MFI daripada Apple, harga yang ditawarkan adalah sangat mampu milik.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend