[Ulasan] Huawei Pocket Photo Printer Yang Membuatkan Kami Tidak Henti Mencetak Gambar Comments Off on [Ulasan] Huawei Pocket Photo Printer Yang Membuatkan Kami Tidak Henti Mencetak Gambar 921

Ulasan kami pada kali ini bukan mengenai telefon pintar tetapi ia merupakan sebuah mesin pencetak mudah alih yang dinamakan Huawei Pocket Photo Printer (HPPP). Sebaik mengujinya, kami cukup teruja kerana mesin pencetak ini telah mengingatkan kami kepada kamera polaroid yang kini semakin jarang digunakan.

Fungsi
HPPP boleh mencetak gambar polaroid terus dari telefon pintar melalui aplikasi Huawei Printer. Ia boleh disambungkan pada telefon pintar Huawei menerusi sambungan Huawei Share dan bluetooth selain boleh disambungkan juga pada peranti lain seperti android dan iOS.

Pembungkusan



Rekaan

HPPP ditawarkan dengan satu pilihan warna iaitu putih – jadi bagi sesiapa yang kurang berminat dengan warna ini tiada pilihan lain ditawarkan buat masa ini. Peranti ini tidak membebankan pengguna kerana ia hadir dengan saiz yang kompak selain berat badannya yang ringan. Bahan plastik yang digunakan pula agak berkualiti sekaligus menjadikan ia sebuah bongkah yang padu dan selesa untuk dipegang – atau erti kata lain ia premium.



Di bahagian depan, peranti ini memiliki satu lubang yang memanjang berwarna merah untuk kepingan gambar dicetak keluar. Sementara di bahagian belakang, ia hadir dengan butang kuasa dan indikator LED untuk sambungan bluetooth disamping terdapat satu port microUSB untuk mengecas.

Dulang Kad Kertas
Dulang ini menyediakan ruang untuk lebih 10 kad kertas kosong, bagaimanapun bungkusan kad kertas yang diberikan hanya mengandungi 10 keping kad sahaja. Bungkusan ini juga didatangkan dengan satu kad biru yang dinamakan ZINK Smart Sheet. Kad biru ini diletakkan bertujuan untuk memberikan kualiti warna yang optimum sepanjang 10 keping gambar dicetak.


Untuk membuka dulang kad kertas, kerangka atas peranti perlu digelongsorkan. Penutup ini juga mempunyai kepingan plastik dengan sokongan spring bertujuan untuk memberikan tekanan kepada kertas.

Teknologi Dakwat
HPPP hadir dengan teknologi dakwat yang dinamakan Zero Ink (Zero®) – teknologi terkini yang menawarkan cetakan selamat dan mesra alam. Ia turut membawakan teknologi 300 dot setiap inci (dpi) yang mana dapat menghasilkan cetakan yang lebih terperinci serta warna yang lebih tajam.


Dengan teknologi ini, pengguna tidak perlu membeli dan menukar dakwat sekaligus lebih selamat untuk disimpan di dalam beg atau sebagainya.

Kertas Foto
Saiz foto mungkin agak kecil jika dibandingkan dengan kamera polaroid, tetapi disebabkan saiz badannya yang kompak ia tidak menjadi masalah kepada kami.


Saiznya pula adalah berukuran 120 x 80 x 22.3mm atau lebih kurang sebesar kad pengenalan (IC). Lebih menariknya, kad kertas ini boleh ditampal di mana-mana permukaan seperti di buku, dinding, ataupun di belakang telefon pintar.

Cara Menggunakan

Langkah 1: Muat Turun Aplikasi
Aplikasi Huawei Printer perlu dimuat turun terlebih dahulu dari gedung Google Play Store atau Apple App Store.

Langkah 2: Hidupkan HPPP dan Sambungkan Bluetooth
Hidupkan HPPP dengan menekan butang kuasa selama beberapa saat seterusnya hidupkan sambungan bluetooth di telefon pintar dan mula buat sambungan.

Langkah 3: Pilih Gambar dan Mula Cetak
Selepas berjaya membuat sambungan, gambar yang dipilih dari galeri gambar boleh disunting seterusnya dicetak.

Boleh juga mencetak kad perniagaan

Kelebihan
+ Ringan dan kompak
+ Sambungan yang mudah
+ Dulang senang dibuka
+ Pilihan suntingan menarik
+ Proses mencetak singkat
+ Kualiti gambar baik
+ Harga berpatutan

Kekurangan
Saiz foto kecil
Tempoh mengecas yang panjang
Datang dengan kuantiti kad kertas yang sedikit

Kesimpulan


Setelah mencetak beberapa keping gambar, hasil yang diterima agak memuaskan dan jika dibandingkan dengan kamera polaroid, Huawei Pocket Photo Printer boleh dikatakan jauh lebih baik. Kami mengharapkan tempoh proses cetakan lebih pendek tetapi dengan 55 saat, itu sudah cukup memadai. Secara ringkasnya, ia mudah dibawa ke mana-mana dan senang untuk dioperasikan. Jika powerbank tidak lekang di tangan atau di dalam beg tidak mungkin mesin ini boleh buat anda berasa rimas, bukan?

Harga dan Ketersediaan
RM399. Boleh dibeli di Satu Gadget Dot Com. Klik pautan ini untuk bawa anda terus ke kedai dalam talian. Kad kertas tambahan turut dijual pada harga RM79 (2×10 keping).

Spesifikasi

  • Warna: Putih
  • Dimensi: 120 x 80 x 22.3mm
  • Berat: 195g
  • Resolusi: 313 x 490 dpi
  • Teknologi mencetak: Zink®
  • Kelajuan mencetak: 55 saat
  • Saiz foto: 2″ x 3″ (50 x 76mm)
  • Sokong cetakan: Foto AR, kad perniagaan
  • Kapasiti dulang: 10 keping kertas + 1 kad biru
  • Ciri: Sentuh dan cetak melalui Huawei Share
  • Bateri: 500 mAh Li-ion
  • Hayat bateri: 23 gambar
  • Mengecas semula: 2.5 jam
  • Sambungan: Huawei Share dan Bluetooth 4.1
  • Sokong peranti: Android 8.1 dan iOS 10.0.2 dan keatas / Huawei Share: EMUI 9.0.1 dan ke atas

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend