[Ulasan] Huawei Nova 4 – Peranti Pertama Huawei Dengan Rekaan Kamera Dalam Skrin Comments Off on [Ulasan] Huawei Nova 4 – Peranti Pertama Huawei Dengan Rekaan Kamera Dalam Skrin 666

Jika anda bercadang untuk memiliki sebuah telefon pintar dengan bajet di bawah RM2000 dan merupakan peminat jenama Huawei, model yang baru sahaja dilancarkan di pasaran iaitu Nova 4 mungkin boleh dipertimbangkan. Ini kerana ia menjanjikan pembelian yang berbaloi dari segi harga, spesifikasi, rekaan dan juga fungsi yang ditawarkan. Apa yang menariknya, ia merupakan peranti pertama Huawei yang hadir dengan rekaan ‘Punch FullView Display’ yang menempatkan kamera swafoto 25MP di dalam panel skrinnya…

Harga & Ketersediaan

Spesifikasi

  • EMUI 9.0 (berasaskan Android 9.0 Pie)
  • HiSilicon Kirin  970 (10nm)
  • Octa Core (4x Cortex A73 2.36 GHz + 4x Cortex A53 1.84 GHz)
  • Mali-G72 MP12 @ 746 MHz
  • 8GB + 128GB
  • 6.4 inci IPS LCD, FHD+ (2310 x 1080 piksel)
  • Kamera belakang: 20MP RGB (f/1.8) + 16MP Wide Angle (f/2.2) + 2MP Bokeh (f/2.4)
  • Kamera depan: 25MP (f/2.0)
  • 3750 mAh (Huawei QuickCharge 18W)
  • WiFi 802.11ac, USB Type-C, Bluetooth v4.2, Bicu audio 3.5mm
  • Pengimbas cap jari dan pengecaman wajah
  • Slot kad: nano SIM + nano SIM
  • Speaker mono
  • Proximity, Light, Gravity, Gyroscope, Digital compass
  • 157 x 75.1 x 7.77mm / 172g
  • Pilihan warna: Crush Blue, Black

Pakej Pembelian

Kotak pembungkusan
Aksesori
  • Huawei Nova 4
  • Pelindung skrin (siap dipasang)
  • Sarung pelindung silikon
  • Palam kuasa (Huawei QuickCharge 18W)
  • Kabel USB Type-C
  • Fon telinga
  • Buku panduan
  • Pin ejector tool

 

Reka Bentuk Fizikal

Skrin


Huawei Nova 4 menampilkan sokongan paparan skrin sebesar 6.4 inci dengan saiz bezel yang lebih nipis, bahkan ketiadaan takuk pada skrin telah berjaya menyerlahkan lagi rekaan skrin penuh yang mendominasi panel depannya. Apa yang menarik perhatian kami adalah kualiti paparannya yang sangat terang dengan kedudukan panel LCD yang rapat dengan panel kaca pada skrin, sekaligus memberikan sudut pandangan yang sangat baik.

Kamera Depan


Rekaan kamera depan pada Huawei Nova 4 merupakan daya tarikan paling utama berbanding peranti lain di pasaran kerana lensa kamera beresolusi 25MP telah ditempatkan pada kiri atas skrin. Memiliki diameter kamera berukuran 3.05mm, ia merupakan kamera depan terkecil setakat ini, dan ini secara tidak langsung memastikan lubang kamera yang lebih kecil berbanding pesaingnya yang lain.

Kamera Utama


Tidak dinafikan lagi bahawa rekaan kamera utama dengan sokongan tiga lensa pada Huawei Nova 4 kelihatan mirip seperti rekaan kamera Huawei P20 Pro. Sungguhpun begitu, konfigurasi kameranya adalah berbeza kerana ia tidak menyokong fungsi zum optikal tetapi kini hadir dengan mod penggambaran sudut luas.

Pengimbas Cap Jari


Sensor pengimbas cap jari pada Huawei Nova 4 ditempatkan pada panel belakangnya yang diperbuat daripada kaca. Proses imbasan cap jari terasa sangat pantas dan peranti boleh terus diakses walaupun skrin tidak diaktifkan. Lebih menariknya, anda juga boleh meleretkan jari pada permukaan sensor untuk memaparkan ruang notifikasi, mengambil gambar, menjawab panggilan dan banyak lagi.
Caranya: Settings → Security & privacy → Fingerprint ID

Panel Belakang Kaca


Huawei merupakan antara pengeluar terawal yang mempopularkan kemasan panel belakang kaca dengan efek warna kecerunan (gradient). Jadi tidak hairanlah Huawei Nova 4 turut menerima sentuhan warna menarik ini untuk warna Crush Blue yang memberikan kombinasi antara warna hijau, biru dan ungu apabila dilihat pada sudut berbeza.

Sensor Proximity


Selain menempatkan bicu audio 3.5mm pada bahagian atas kerangkanya, bahagian ini turut menempatkan sensor proximity (memadam skrin apabila menjawab panggilan) dengan rekaan inovatif ‘Light Bending’ yang telah dipatenkan. Untuk pengetahuan anda, di sebalik lubang earpiece pada Huawei Nova 4 ini juga turut tersedia dengan lampu notifikasi LED.

Port USB Type-C


Rekaan bahagian bawah Huawei Nova 4 telah menempatkan speaker mono, port USB Type-C dengan teknologi pengecasan pantas Huawei QuickCharge 18W, dan juga lubang mikrofon.

Butang Kawalan


Butang kawalan fizikal pada Huawei Nova 4 ditempatkan pada sisi kanan kerangka dan kedua-dua butang ini tidak memiliki sebarang tekstur pada permukaannya.

Slot Kad


Slot kad pada Huawei Nova 4 terletak pada sisi kiri kerangka dan agak mengecewakan kerana ia hanya tersedia dengan dua slot kad SIM bersaiz nano. Ini bermakna anda tidak boleh menggunakan kad memori pada peranti ini dan perlu bergantung kepada memori dalaman sebesar 128GB sahaja.

 

Antaramuka

Huawei Nova 4 dioperasikan dengan antaramuka EMUI 9.0.1 berasaskan Android 9.0.1 Pie dan ia memiliki beberapa aplikasi pra-pasang seperti Booking.com, Facebook, Messenger, Lazada, Camera360 dan juga Kwai. Walau bagaimanapun, kesemua aplikasi pra-pasang yang ini boleh dibuang dengan mudah sekiranya anda tidak memerlukannya.

 

Ciri-Ciri Menarik

1. Party Mode

Aplikasi Party Mode membolehkan anda menyambungkan beberapa peranti yang menyokong aplikasi ini untuk memainkan muzik secara serentak bagi mendapatkan efek bunyi keliling yang lebih baik. Anda boleh menyambungkan sehingga tujuh peranti pada satu-satu masa dan anda boleh menentukan kedudukan bunyi yang akan dihasilkan bagi setiap peranti tersebut. Selain itu, anda juga boleh melaras tahap kekuatan bunyi audio bagi setiap peranti.

2. Huawei HiVision

Dengan menggunakan bantuan kamera Huawei Nova 4 dan juga HiVision, terdapat empat fungsi utama disediakan iaitu QR Code, Translate, Shopping dan juga Identify. Kesemua fungsi yang ditawarkan ini boleh diakses dengan mengikut masa nyata dan ia sememangnya sangat praktikal dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, anda boleh membuat terjemahan dengan menghalakan kamera pada teks pada kotak bungkusan.

3. Keupayaan menyembunyikan takuk (notch)

Tidak dinafikan lagi bahawa kehadiran takuk mungkin tidak begitu digemari oleh sesetengah pengguna, jadi dengan menggunakan Huawei Nova 4 anda bebas untuk menyembunyikan takuk ‘Punch FullView Display’ melalui penyediaan tetapan khas. Untuk mengakses menu tersebut, anda hanya perlu mengakses Settings → Display → More display settings → Notch → Hide notch.

4. Sistem kawalan navigasi skrin penuh

Sokongan paparan skrin yang besar dengan kombinasi saiz bezel yang nipis dan juga dioperasikan oleh Android Pie menjanjikan pengalaman penggunaan yang lebih baik kerana ia tersedia dengan sistem kawalan navigasi skrin penuh. Dengan adanya fungsi ini, anda boleh menggantikan tiga butang kawalan tipikal Android iaitu Back, Home dan Recent Apps dengan menggunakan kaedah leretan pada skrin. Pilihan sistem kawalan navigasi skrin penuh boleh diakses di Settings → System → System navigation → Gestures.

5. Nada dering video


Satu lagi fungsi menarik yang boleh anda gunakan pada Huawei Nova 4 adalah nada dering video (video ringtones) bagi menggantikan nada dering konvensional. Huawei menyediakan dua nada dering video pra-pasang dan anda bebas membuat rakaman video pendek ataupun memuat turun klip video pendek untuk disetkan sebagai nada dering telefon. Untuk mengaktifkan fungsi ini, anda hanya perlu mengakses Settings → Sounds → SIM 1 atau SIM 2 ringtone → Video ringtones.

 

Prestasi

Ujian Penanda Aras

AnTuTu
Geekbench

Masa Pengecasan
Dengan sokongan teknologi pengecasan pantas 18W, kami telah mengambil masa lebih kurang 1 jam 37 minit untuk mengecas bateri dari 20% hingga 100% pada Huawei Nova 4 yang menyokong bateri berkapasiti 3750mAh.

Pengalaman Permainan


Dikuasakan dengan pemproses kelas atasan iaitu Kirin 970 yang turut digunakan pada peranti mercu seperti Huawei P20 Pro, pengalaman permainan yang ditawarkan oleh Huawei Nova 4 tidak mengecewakan. Sebagai contoh, permainan PUBG Mobile secara lalainya akan ditetapkan ke mod ‘High’ dan anda boleh memilih tetapan grafik dan frame rate yang paling maksimum iaitu ‘HDR + Ultra’.

Tips: Pengaktifan mod prestasi untuk permainan


Bagi memastikan prestasi permainan yang lebih optimum dan juga pengalaman permainan tanpa gangguan, anda boleh menyenaraikan semua permainan di dalam AppAssistant (GPU Turbo) dengan mengakses menu Settings → Apps → AppAssistant → aktifkan mod ‘Game acceleration’. Memandangkan fungsi AppAssistant tidak tersedia pada homescreen, anda perlu menambahnya secara manual melalui tetapan yang disediakan.

 

Hasil Gambar

Huawei Nova 4 merupakan siri Nova atau peranti kelas pertengahan keluaran Huawei yang pertama hadir dengan sokongan tiga kamera. Sokongan konfigurasi tiga lensa beresolusi ini secara tidak langsung membolehkan anda mengambil beberapa mod kamera yang berbeza seperti sudut luas dan juga bokeh. Tidak cukup dengan itu, ia juga tersedia dengan sokongan pelbagai mod penggambaran seperti berikut:

→ Mod AI

Mod AI (OFF)
Mod AI (ON)
Mod AI (OFF)
Mod AI (ON)

Mod Sudut Luas

Mod normal (20MP)
Mod sudut luas (16MP)
Mod normal (20MP)
Mod sudut luas (16MP)

→ Mod ‘Night’

Mod normal
Mod ‘Night’ (ON)

→ Mod AR Lens

Terdapat empat pilihan mod kamera AR berbeza ditawarkan dan setiap satu darinya menyokong pelbagai efek menarik.

Hasil Gambar…

 

Kelebihan

+ Rekaan lubang kamera jenis ‘Punch FullView Display’ terasa lebih baik berbanding rekaan takuk yang lebar seperti siri Nova 3, dan saiz bezel yang nipis menjanjikan pengalaman skrin penuh yang maksimum.

+ Keluar dari kotak, Huawei Nova 4 telah siap dioperasikan dengan versi terkini Android 9.0.1 Pie.

+ Sokongan lensa kamera dengan mod penggambaran sudut luas sememangnya sangat berguna bagi anda yang ingin mengambil gambar di ruang sempit ataupun gambar pemandangan.

+ Kemasan kaca dengan efek kecerunan warna yang sangat cantik.

+ Pakej pembelian yang lengkap dengan aksesori termasuklah pelindung skrin, sarung pelindung silikon, fon telinga dan palam kuasa dengan pengecasan pantas.

Kekurangan

– Tidak dikuasakan dengan pemproses terbaru Kirin 980, sebaliknya masih menyokong Kirin 970 sama seperti model Huawei Nova 3.

– Hanya menyokong teknologi pengecasan pantas Huawei Quick Charge (18W) dan bukannya Huawei SuperCharge (22.5W atau 40W).

– Aplikasi AppAssistant perlu diletakkan secara manual pada homescreen dengan mengaksesnya pada menu

– Kualiti kamera dalam persekitaran yang gelap agak mengecewakan kerana hasil gambar kelihatan kabur, gelap dan berhadapan isu noise.

– Tidak lagi tersedia dengan slot kad memori microSD sebagaimana generasi sebelumnya.

Tonton juga:

Baca juga:

Huawei Bersama Era, Gegar, Dan Hitz Sediakan Petunjuk Untuk Anda Memenangi Huawei Nova 4

Huawei Adakan Promosi Di Sepanjang Minggu Hari Valentine – Penjimatan Telefon Pintar Sehingga RM700

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend