[Ulasan] HONOR MagicWatch 2 Flax Brown Tampil Lebih Premium Dengan Sentuhan Klasik Comments Off on [Ulasan] HONOR MagicWatch 2 Flax Brown Tampil Lebih Premium Dengan Sentuhan Klasik

Sebelum tahun 2019 melabuhkan tirainya, HONOR Malaysia telahpun mengumumkan ketersediaan jualan HONOR MagicWatch 2 untuk pasaran tempatan. Namun di awal kemunculannya, MagicWatch 2 hanya ditawarkan dalam edisi Charcoal Black dengan harga jualan RM699.

Menariknya pada Januari 2020, HONOR Malaysia telah memgumumkan pula MagicWatch 2 edisi Flax Brown yang ditawarkan pada harga sedikit lebih tinggi iaitu RM749.

Jadi apakah perbezaan HONOR MagicWatch 2 edisi Charcoal Black dengan edisi Flax Brown?!

Berbeza MagicWatch 2 edisi Charcoal Black yang hadir dengan kemasan kerangka berwarna hitam dan juga tali fluoroelastomer yang merupakan getah sintetik berasaskan fluorocarbon, edisi Flax Brown pula kelihatan lebih klasik dan elegan kerana menampilkan permukaan kerangka krom berkilat dengan sokongan tali kulit berwarna coklat.

Namun dari segi saiz dan fungsi yang disokong, kedua-dua edisi ini menampilkan saiz kerangka yang sama sahaja iaitu berukuran 46mm. Malah sokongan fungsi yang disokong oleh Charcoal Black dan Flax Brown juga sebenarnya adalah sama sahaja.

Pakej pembelian:

HONOR MagicWatch 2 didatangkan dalam kotak pembungkusan berwarna biru gelap dengan cetakan logo HONOR dan juga lakaran MagicWatch 2 pada bahagian atas penutup kotak untuk kedua-dua edisi Charcoal Black dan juga Flax Brown.

Selain MagicWatch 2 itu sendiri, di dalam kotak turut tersedia dengan dok pengecas, kabel pengecas USB Type-C, dan juga buku manual.

Rekaan fizikal:

Apa yang membuatkan MagicWatch 2 46mm ini kelihatan lebih premium dan elegan kerana ia menyokong permukaan skrin yang meliputi keseluruhan bahagian atas jam. Ini berbeza dengan rekaan generasi pertama yang memiliki bezel logam yang sedikit timbul pada sekeliling muka jam.

Apa yang membuatkan MagicWatch 2 edisi Flax Brown ini lebih menonjol adalah sokongan kerangka dengan kemasan krom berkilat yang diperbuat daripada 316L Stainless Steel. Selain memfokuskan kepada nilai estetik, ia juga lebih tahan calar untuk kegunaan harian.

Penampilan klasik yang elegan berjaya diserlahkan lagi dengan kombinasi tali jam berwarna coklat yang diperbuat daripada kulit asli. Bahkan penukaran tali jam ini terasa lebih mudah dengan adanya klip jenis spring yang membolehkan anda menukarkan tali jam asal dengan mana-mana tali jam bersaiz 22mm.

HONOR MagicWatch 2 bukan sahaja boleh dikawal menggunakan kaedah sentuhan pada skrin AMOLED berukuran 1.39 inci, tetapi ia juga turut menyediakan dua butang kawalan fizikal.

Butang pertama yang hadir dengan sentuhan jalur merah merupakan butang kuasa yang juga berfungsi sebagai butang menu, manakala butang kedua pula boleh disetkan sebagai butang pintas untuk pengaktifan aplikasi kegemaran.

Memandangkan MagicWatch 2 hadir dengan fungsi untuk menjawab panggilan atau memainkan muzik, anda boleh menemui lubang speaker pada bahagian kanan kerangka. Sisi kiri kerangka jam ini pula tersedia dengan lubang mikrofon.

Pada bahagian bawah, anda boleh melihat permukaan plastik hitam keras yang masih selesa dipakai walaupun untuk jangka masa yang panjang. Di sini anda boleh menemui dua pin untuk pengecasan, dan juga sensor pemantauan kadar degupan jantung yang akan beroperasi selama 24 jam seminggu.

Menariknya pemantauan kadar degupan jantung pada MagicWatch 2 boleh beroperasi walaupun di dalam air, iaitu ketika anda sedang berenang.

Pelbagai muka jam untuk dipilih

Anda boleh menukar muka jam pada jam tangan pintar ini melalui 17 pilihan yang ditawarkan pada menu jam itu sendiri (Settings > Display > Watch face). Tetapi sekiranya itu masih tidak mencukupi, lebih banyak pilihan muka jam tersedia di dalam aplikasi Health pada telefon pintar.

Antaramuka LiteOS:

Apabila berada dalam mod standby, MagicWatch 2 akan memaparkan muka jam untuk anda melihat masa, tarikh, kalori, kadar degupan jantung dan sebagainya bergantung kepada jenis muka jam yang dipilih.

Namun begitu anda sebenarnya boleh menggunakan kaedah sentuhan pada skrin untuk mengakses pelbagai menu atau fungsi lain seperti berikut:

  1. Leretan skrin ke bawah – memaparkan akses pintas untuk fungsi DND, Show Time, Find Phone, Alarm, dan Settings.
  2. Leretan skrin ke atas – melihat notifikasi teks mesej yang diterima daripada pelbagai aplikasi berbeza seperti WhatsApp, Gmail, dan sebagainya.
  3. Leretan skrin ke kanan – memaparkan status kiraan langkah, masa anda duduk dan sebagainya.
  4. Leretan skrin ke kiri – mengakses pelbagai fungsi seperti pemantauan kadar degupan jantung, tahap tekanan (stress), ramalan cuaca, dan juga pemain muzik.

Masa mengecas HONOR MagicWatch 2:

Memandangkan pakej pembelian MagicWatch 2 hanya didatangkan dengan kabel USB Type-C dan juga dok pengecas sahaja, anda perlu menggunakan palam kuasa (adapter) yang berasingan.

Walaupun output pengecasan tidak didedahkan, kami telah menggunakan palam kuasa SuperCharge 22.5W daripada telefon pintar yang menyokong output 5V2A (10W), 4.5V5A (22.5W) atau 5V4.5A (22.5W) untuk mengecas MagicWatch 2.

Berdasarkan masa yang telah kami catatkan, MagicWatch 2 berjaya dicas penuh daripada 0% sehingga 100% dalam tempoh hanya 1 jam 18 minit sahaja.

Fungsi menarik pada HONOR MagicWatch 2:

#1. Always-On Display

Bagi menjimatkan penggunaan bateri, fungsi Always-On Display (AOD) pada MagicWatch 2 perlu diaktifkan secara manual (Settings > Display > Advanced > Standby watch face). Menariknya walaupun fungsi AOD diaktifkan, ketahanan bateri masih mampu mencatatkan sekitar 7 hari penggunaan.

#2. Keupayaan menjawab panggilan atau mendengar muzik

Tanpa perlu bergantung kepada telefon pintar, anda kini boleh terus menjawab panggilan yang diterima terus melalui MagicWatch 2. Ini sememangnya sangat praktikal untuk digunakan ketika anda sedang bersenam ataupun memandu.

Malah MagicWatch 2 juga membolehkan anda untuk memainkan muzik kegemaran terus pada speaker yang tersedia pada jam tangan pintar ini. Namun begitu, anda terlebih dahulu perlu memindahkan fail muzik secara manual dari telefon pintar ke storan dalaman pada jam tangan pintar ini.

#3. Sokongan 15 jenis aktiviti kecergasan berbeza

Berbeza dengan gelang tangan kecergasan, kelebihan jam tangan pintar adalah sokongan jenis aktiviti kecergasan yang lebih komprehensif. MagicWatch 2 sendiri mampu memenuhi keperluan gaya hidup sihat si pemakai dengan penawaran 15 jenis aktiviti kecergasan seperti berikut:

  • Outdoor run
  • Indoor run
  • Outdoor walk
  • Indoor walk
  • Outdoor cycle
  • Indoor cycle
  • Pool swim
  • Open water
  • Climb
  • Hike
  • Trail run
  • Triathlon
  • Elliptical
  • Rower
  • Other

#4. Sokongan ‘Dual Satellite Positioning Systems’

Sokongan Dual Satellite Positioning Systems pada MagicWatch 2 memastikan rekod kelajuan dan juga laluan yang lebih tepat apabila anda menggunakannya ketika berlari, berjalan, mahupun berbasikal. Manakala sokongan altimeter atau altitud meter pula mampu menjejaki laluan anda ketika mendaki atau memanjat.

KESIMPULAN:

Sebab mengapa anda perlu memiliki HONOR MagicWatch 2 berbanding jam tangan pintar lain di pasaran?!

Tidak dinafikan kini terdapat pelbagai pilihan jam tangan pintar yang boleh anda beli di pasaran. Namun berbeza dengan jam tangan pintar yang lain, kami merasakan MagicWatch 2 boleh dikatakan pilihan yang terbaik kerana HONOR mendakwa ia mampu digunakan sehingga 14 hari dengan satu cas penuh.

Bahkan berdasarkan pengalaman kami sendiri, MagicWatch 2 masih memiliki bateri berkapasiti 7% selepas dipakai lebih 10 jam sehari untuk tempoh 13 hari berterusan.

Sebab kedua yang membuatkan MagicWatch 2 sangat berbaloi untuk dimiliki adalah tanda harga yang sangat kompetitif. Dengan harga bermula daripada RM699, ia merupakan antara jam tangan pintar paling mampu milik di pasaran. Ini ditambah pula dengan rekaan klasik dengan sentuhan premium yang berkualiti.

Spesifikasi HONOR MagicWatch 2 46mm:

  • Pemproses: Kirin A1
  • Sistem operasi: LiteOS
  • Memori: 32MB RAM + 4GB ROM
  • Skrin sentuh: 1.39 inci AMOLED, 454 x 454 piksel (326 ppi)
  • Bateri: 455mAh
  • Masa pengecasan: Kurang 2 jam
  • Sambungan: Bluetooth 5.1 (2.4GHz, BLE/BR/EDR), GPS
  • Sensor: Accelerometer, Gyroscope, Magnetometer, Optical heart rate, Ambient light, Barometer, Capacitive
  • Sokongan fungsi: Continuous Heart Rate Monitoring, Detailed Exercise Monitoring, Sleep Tracking, Stress Stress, Messaging Reminders, Built-in Altitude Barometer dan Compass
  • Ciri menarik: HUAWEI TruSleep 2.0, HUAWEI TruRelax, HUAWEI TruSeen 3.5
  • Ukuran: 45.9 x 45.9 x 10.7mm
  • Berat: 41g (tanpa tali)
  • Ketahanan: Kalis air sehingga kedalaman 50 meter

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend