[Ulasan] BETOP G1 Game Controller – Aksesori Gaming Eksklusif Untuk Telefon Pintar Huawei 0 1028

Sebelum ini kami pernah berkongsi kehadiran aksesori di bawah program ‘Design For Huawei’ eksklusif untuk peranti Huawei iaitu BETOP G1 Game Controller. Nampaknya hari ini kami berpeluang untuk mencuba sendiri aksesori terbaharu daripada Huawei untuk tempoh yang terhad. Jadi di sini kami akan berkongsi serba-sedikit pengalaman kami berhubung BETOP G1 Game Controller…

Pakej Pembelian

Rekaan Fizikal


BETOP G1 Game Controller hadir dalam warna hitam dengan kemasan plastik yang ringan tetapi ‘solid’.


Rekaan panel belakang hadir dengan teksur bagi memastikan rasa ‘grip’ yang lebih baik ketika bermain. Malah bahagian ini turut terdapat permukaan getah di empat penjuru agar ia tidak licin apabila diletakkan di atas meja.


Anda tidak perlu risau peranti anda tercalar kerana bahagian dalam dan tepi BETOP G1 Game Controller memiliki pad yang diperbuat daripada getah. Sambungan Bluetooth akan diaktifkan secara automatik sebaik sahaja klip ditolak ke atas dan sambungan Bluetooth akan dimatikan secara automatik apabila klip berada dalam keadaan asal selepas 3 saat.


Untuk mengawal permainan, anda boleh menggunakan butang D-pad yang diperbuat daripada plastik keras, ataupun joystick dengan permukaan silikon yang selesa untuk disentuh. Di sekeliling joystick itu turut tersedia dengan lampu berwarna merah yang akan dinyalakan apabila peranti disambungkan.

Terdapat dua butang bahu pada bahagian atas BETOP G1 Game Controller iaitu butang ‘LT’ (Left Trigger) dengan warna hitam, dan juga butang ‘LB’ (Left Button) yang hadir dengan kemasan warna merah.


Bahagian bawah alat kawalan ini pula tersedia dengan port USB-C yang digunakan untuk mengecas bateri terbina-dalam berkapasiti 400 mAh, dan di sebelahnya pula terdapat butang Bluetooth 5.0 yang juga hadir dengan kemasan warna merah. Menurut maklumat rasmi, ia menyokong masa menunggu sehingga 180 hari dan 5 minit masa mengecas mampu menawarkan sehingga 2 jam masa bermain.

Cara sambungan yang sangat mudah!

Untuk menyambungkan BETOP G1 Game Controller, anda hanya perlu mengaktifkan Bluetooth dan memasukkan telefon pintar pada klip yang boleh dilaras. Sebaik sahaja ia berada kemas di dalam slot tersebut, secara automatik satu tetingkap sambungan akan dipaparkan pada skrin peranti dan kini telefon pintar dan BETOP G1 Game Controller telah berjaya disambungkan dengan sangat mudah dan cepat.

Pengalaman bermain…

Paparan skrin penuh sememangnya cantik dipandang, tetapi bagi ‘kaki game’ rekaan sebegini dirasakan tidak begitu praktikal untuk digunakan ketika bermain untuk tempoh masa yang lama. Jadi dengan adanya BETOP G1 Game Controller, kami boleh bermain permainan ini dengan lebih selesa dan yang paling penting bahagian skrin yang digunakan untuk mengawal pergerakan tidak lagi terhalang. Bahkan penggunaan joystick ketika mengawal permainan juga tidak berhadapan dengan isu lengah masa (delay).

Berdasarkan percubaan kami menggunakan BETOP G1 Game Controller untuk tempoh yang agak terhad, ia boleh digunakan tanpa masalah untuk mengawal pergerakan karakter pada permainan Mobile Legends: Bang Bang menggunakan joystick. Namun begitu buat masa ini hanya PUBG Mobile versi China sahaja boleh menyokong aksesori ini, tetapi tidak untuk PUBG Mobile versi English (mungkin perlu menunggu kemas kini khusus pada masa akan datang).

Sokongan peranti?!

Memandangkan BETOP G1 Game Controller dibangunkan di bawah program ‘Design For Huawei’, ia boleh digunakan pada peranti yang dioperasikan dengan pengalaman antaramuka EMUI sahaja pengalaman penggunaannya adalah lebih optimum untuk peranti yang dioperasikan dengan antaramuka EMUI. Sungguhpun begitu, ia lebih sesuai digunakan pada siri Huawei Mate 20 untuk pengalaman yang terbaik. Tetapi itu tidak bermaksud ia tidak boleh digunakan pada peranti Huawei yang lain kerana kami ada mencubanya pada Huawei P20 Pro dan ia boleh digunakan tanpa sebarang masalah.

*Kami ada mencubanya pada peranti bukan dari jenama Huawei dan ia masih boleh digunakan tetapi proses sambungan Bluetooth perlu dibuat secara manual.

Di mana anda boleh membelinya?

Buat masa ini BETOP G1 Game Controller hanya dijual secara rasmi melalui Vmall China sahaja, tetapi kini Satu Gadget Dot Com telahpun membawa masuk aksesori ini pada harga RM199. Anda boleh membelinya terus di Satu Gadget Dot Com cawangan Lembah Klang, ataupun membuat belian secara atas talian di https://www.satugadget.com.my/

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend