[Ulasan] 8 Ciri Menarik Yang Terdapat Pada Honor 8C Comments Off on [Ulasan] 8 Ciri Menarik Yang Terdapat Pada Honor 8C 622

Baru-baru ini Honor telah membuat kemunculan di Kuala Lumpur apabila syarikat ini melancarkan Honor 8C untuk pengguna tempatan. Peranti ini memiliki reka bentuk yang menawan dengan kemasan warna yang unik. Sekali pandang, ia tampak premium dan kami juga agak terkejut apabila Honor mengumumkan harganya. Percaya atau tidak ia dijual pada harga di bawah RM600 sahaja.

Jadi, apa yang menarik pada Honor 8C ini? Adakah ia hadir dengan ciri-ciri yang terkini yang pengguna mahukan? Di bawah kami senaraikan lapan ciri menarik yang dibawakan Honor 8C.

#1 – Warna Satin


Ini pertama kali telefon pintar di bawah RM600 hadir dengan warna kusam-kilat – atau lebih mudah dengan nama ‘satin’. Warna ini turut dipanggil Cat’s Eye oleh Honor kerana efek pantulan panel belakang ini menyerupai batu permata. Terdapat dua pilihan warna lain selain biru iaitu emas dan hitam. Bagaimanapun untuk warna emas dan hitam ia tidak memantulkan efek sebaliknya hadir dengan kemasan biasa sahaja.

#2 – Skrin FullView Display


Kebiasaanya peranti yang dijual pada harga rendah akan dilengkapi paparan skrin yang kecil dan tidak terang. Tetapi, perkara ini tidak terjadi pada Honor 8C kerana ia telah dilengkapi paparan luas bersaiz 6.26-inci beresolusi HD. Bingkainya juga tidak terlalu tebal malah memiliki takuk pada skrin. Takuk ini juga boleh disembunyikan sekiranya pengguna mahukan pengalaman skrin yang lebih menyeluruh.

#3 – Bateri 4,000mAh


Honor menyedari masalah pengguna yang inginkan bateri besar pada sebuah telefon pintar. Oleh itu, peranti ini telah dipadatkan dengan bateri yang cukup besar berkapasiti 4,000mAh. Mengikut apa yang dikatakan Honor, ia mampu menawarkan masa bersedia atau memainkan muzik selama 50 jam, masa bermain 11.1 jam, dan main-semula video selama 12.5 jam. Setelah menguji untuk beberapa ketika, bateri pada peranti ini boleh dikatakan menjimat tenaga.

#4 – Pemproses Terbaharu


Cip yang menjana peranti adalah daripada Qualcomm Snapdragon 632. Menarik juga kerana peranti pada harga sebegini turut diberikan cipset kelas pertengahan siri-6 dan bukan siri-4 seperti yang ada pada peranti lain di pasaran. Prestasi untuknya telah dinaikkan kepada 40% berbanding Snapdragon 626 terdahulu. Ini memastikan peranti dapat beroperasi dalam keadaan baik dan stabil pada masa sama cekap tenaga.

#5 – Face Unlock Pintar


Honor 8C turut dilengkapi ciri keselamatan seperti pengecaman wajah, Face Unlock. Berbeza dengan peranti bajet lain, Honor 8C boleh dinyahkunci menggunakan wajah walaupun pengguna berada di dalam gelap. Ini kerana ia menggunakan teknologi skrin yang mampu menerangkan wajah untuk peranti membuat imbasan.

#6 – Mod Penjagaan Mata


Paparan skrin mengeluarkan cahaya biru yang boleh membuatkan mata menjadi penat serta pedih. Masalah ini juga boleh menggangu kualiti tidur dan mengundang penyakit pada masa kelak. Jadi, untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku kepada pengguna, Honor 8C telah membawakan mod penjagaan mata yang dipanggil Eye Care. Mod ini boleh diaktifkan pada bila-bila masa sekiranya perlu. Ia juga telah diiktiraf oleh badan pensijilan dari Jerman, TÜV Rheinland.

#7 – Tiga Slot


Penggunaan dua kad SIM pada satu telefon pintar telah menjadi perkara normal pada masa kini. Bagi pengguna yang menggunakan dua nombor tetapi pada masa sama mahukan storan yang luas, mereka boleh memasukkan ketiga-tiga kad ini ke dalam peranti. Honor 8C menawarkan dulang kad yang menyokong kad microSD sehinnga 256GB. Dwi-SIM pula menyokong sambungan LTE bagi memudahkan pengguna daripada mengeluarkan dulang untuk membuat penukaran slot.

#8 – Dwi-Kamera AI


Honor 8C berupaya membaca jenis rakaman yang diambil – ini bermakna ia dilengkapi teknologi AI yang akan memastikan gambar diambil lebih cantik serta terang. Dengan bukaan f/1.8 pada sensor kamera utama, ia mampu merakam gambar dalam keadaan gelap seakan peranti kelas pertengahan-atas. Ciri AI ini turut berupaya mengenal pasti 500 senario dalam 22 kategori.

Kesimpulan

Jadi, untuk telefon pintar bawah RM600 dengan sejumlah ciri yang pengguna mahukan, kami merasakan ia peranti yang sudah cukup sempurna. Paling penting, peranti ini memiliki rupa paras yang menawan terutamanya lebih-lebih lagi dalam pilihan warna biru. Bagi pengguna yang mensasarkan saiz bateri, reka bentuk, skrin, dan pemproses, anda boleh pertimbangkan Honor 8C untuk dibeli.

Spesifikasi

  • EMUI 8.2 (berasaskan Android Oreo)
  • Qualcomm Snapdragon 632 lapan-teras
  • 3GB + 32GB (sokong microSD sehingga 256GB)
  • 6.26 inci IPS LCD, HD (1520 x 720 piksel)
  • Kamera belakang: 13MP + 2MP, PDAF
  • Kamera depan: 8MP, FF
  • 4,000 mAh (10W)
  • WiFi 802.11 b/g/n 2.4G, microUSB, Bluetooth v4.2, Bicu audio 3.5mm
  • Pengimbas cap jari dan pengecaman wajah
  • Slot kad: nano SIM + nano SIM + microSD
  • Speaker mono
  • GPS, GLONASS, AGPS
  • 157 x 75.1 x 7.77mm / 172g
  • Pilihan warna: Biru, Emas, Hitam
  •  Harga: RM599

Baca juga:

Honor 8C Kini Rasmi Dengan Snapdragon 632, Bateri 4000 mAh dan Dwi Kamera, Berharga RM599

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend