[Ulasan] 10 Benda Menarik Tentang ASUS Chromebook Flip C434 Comments Off on [Ulasan] 10 Benda Menarik Tentang ASUS Chromebook Flip C434

Pada majlis sambutan ulang tahun ASUS yang ke-30 di Kuala Lumpur bulan lalu, pihak ASUS Malaysia telah berkongsi laporan perniagaan syarikat setakat bulan Ogos 2019. Menurut mereka, ASUS kini menduduki tangga ketiga di dunia selepas Lenovo dan HP. Manakala segmen komputer riba permainan pula mereka berada paling atas dengan 48 peratus perkongsian pasaran di Malaysia.

Pencapaian baik ini tidak lain dan tidak bukan adalah dari penawaran komputer riba yang seiring dengan perkembangan semasa. Salah satu produk yang dimaksudkan ialah ASUS Chromebook Flip C434 yang terbaru. Direka dengan reka bentuk kompak yang mudah dibawa, komputer riba ini dicipta khusus untuk kegunaan mobiliti. Berikut adalah perkara menarik yang perlu anda tahu tentang ASUS Chromebook Flip C434:

1# – Binaan Premium

Chromebook Flip C434 dibina dengan casis aluminium sepenuhnya diikuti potongan berlian pada bahagian tepi. Luarannya turut diserlahkan dengan warna perak membuatkan ia kelihatan menawan apabila dipegang. Anda juga boleh rasai binaannya yang cukup padu pada masa sama dapat memberikan pengalaman premium sepanjang masa.

#2 – Ringan dan Mudah Dibawa

Beratnya hanya 1.45 kilogram dengan ketebalan 15.7mm merupakan antara ciri terbaik yang ditawarkan. Pada kami, ia mudah dibawa ke mana sahaja lebih-lebih lagi bagi mereka yang bekerja tidak kira tempat dan masa. Jika tiada beg atau tempat simpanan untuknya, anda boleh sahaja menjinjingnya di tangan tanpa sebarang masalah.

#3 – Paparan NanoEdge

NanoEdge ialah teknologi yang diguna pakai pada Chromebook Flip C434. Melaluinya, paparan dibentangkan dari sudut-ke-sudut tanpa meninggalkan sebarang ruang. Ruang yang ada pun cuma pada bahagian atas untuk memberi laluan kepada kamera web. Sebut pasal nisbah, paparan NanoEdge ini menjangkau sehingga 87% nisbah skrin-ke-kerangka dengan sudut pandangan sehingga 178-darjah.

#4 – Badan Kecil Berskrin Besar

Bagi anda yang gemarkan paparan luas tetapi tidah mahu komputer riba yang besar, Chromebook Flip C434 menawarkan paparan 14-inci pada tubuh 13-inci. Menariknya tentang paparan beresolusi HD penuh ini, ia boleh disentuh untuk memudahkan anda membuat kawalan sekiranya pad sesentuh tidak mahu digunakan.

#5 – Engsel Berguna

Selain mengikat papan kekunci dan panel paparan, engsel juga berfungsi sebagai kaki kepada komputer riba. Rekaan engsel pada komputer riba ini sebenarnya mempunyai kegunaan yang lain. Apabila dibuka, engsel ini akan menolak permukaan bawah komputer untuk memberikan sudut condong yang terbaik selain beri keselesaan sepanjang menaip.

#6 – Paparan Boleh Diputar

Rekaan versatil antara imej tumpu pada komputer riba ini. Jika bosan dengan konsep komputer riba, anda boleh jadikan Chromebook Flip sebagai tablet dengan hanya memutarkan panel paparan. Papan kekunci yang berada di bawah permukaan akan dikunci dan pengguna hanya diberikan akses untuk menyentuh skrin sahaja.

#7 – Prestasi Optimum

Chromebook Flip C434 bukan sahaja bersaiz kecil tetapi ia juga berkuasa untuk melaksanakan tugasan seharian. Dikuasakan pemproses sehingga Intel Core i7 dan memori sehingga 8GB / 128GB, pengguna juga turut ditawarkan hayat bateri sekitar 10 jam dengan sekali pengecasan. Pada bahagian sambungan, ia menyertakan lima I/O dengan kebolehan screen-mirroring sekiranya anda ingin menggunakan monitor besar.

  • 1 x USB 3.1 Gen 1 Type-A
  • 2 x USB 3.1 Gen 1 Type-C
  • 1 x microSD card slot
  • 1 x Audio jack

#8 – Sambungan WiFi Pantas

Kebanyakan komputer riba masa kini (kecuali komputer riba permainan) tidak lagi hadir dengan port LAN, ia bagi memastikan komputer riba tersebut dapat direka dengan ketebalan yang paling minimum. Jadi, bagi membolehkan pengguna terus mendapat isyarat data internet yang stabil, pantas, kuat, dan stabil, Chromebook Flip C434 menyertakan sokongan WiFi 5 (802.11ac) yang mana 6x lebih pantas berbanding WiFi 4.

#9 – Pembesar suara Berkuasa

Chromebook Flip C434 bukan sahaja tertumpu pada reka bentuk, prestasi, dan praktikaliti sahaja tetapi ia juga hadir dengan dua pembesar suara di kiri dan kanan kerangka. Bunyi sekeliling yang mantap juga adalah lebih baik jika menyokong ciri Dolby Atmos. Walaubagaimanapun, prestasinya masih boleh diterima dan tidak mengecewakan.

#10 – Dikuasakan Google

Sesuai dengan namanya, Chromebook Flip C434 dikuasakan sistem operasi Chrome OS. Antaramukanya sama sekali berlainan dengan komputer riba biasa, pengguna perlu membiasakan diri apabila pertama kali menggunakannya. Selain daripada itu, ia hampir menyerupai telefon pintar Android yang membolehkan anda memuat turun pelbagai aplikasi terus dari Google Play Store.

Kelebihan

  • binaan casis yang padu
  • reka bentuk menawan
  • paparan boleh diputarkan
  • paparan tajam dan jelas
  • ringan dan nipis
  • harga kompetitif

Kekurangan

  • Kaca skrin silau jika di bawah cahaya terang
  • pelarasan tahap keterangan skrin tidak konsisten
  • papan kekunci rendah membuatkan tangan berasa letih
  • pembesar suara tidak begitu kuat

Kesimpulan

ASUS Chromebook Flip C434 menawarkan bateri tahan lama tidak seperti pesaingnya yang lain. Reka bentuk yang kompak memudahkan ia dibawa ke masa sahaja dan kerana ia boleh dilipat, Chromebook Flip C434 sebuah mesin yang berada dalam segmennya yang tersendiri. Harganya pula tidak terlalu mahal dan masih boleh dipertimbangkan. Jika anda menitik beratkan tentang kualiti binaan, komputer riba ini sedia memenuhi permintaan anda.

Spesifikasi

  • Intel® Core m3-8100Y processor
    1.1GHz dual-core with Turbo Boost (up to 3.4GHz) and 4MB cache
  • 14” LED-backlit FHD (1920 x 1080) 16:9 standard display
    Four-way NanoEdge design with 87% screen-to-body ratio
    5mm-thin side bezel and 7mm bottom bezel1
    Wide 100% sRGB color gamut
    178° wide-view technology
  • 4GB 1867MHz LPDDR3 onboard
  • 64GB eMMC
  • Up to 10 hours battery life2
    48Wh 3-cell lithium-polymer battery
    45W power adapter
    Plug Type: Type-C
    (Output: 15V DC, 45W)
    (Input: 100-240V AC, 50/60Hz universal)
  • Dalam kotak:
    ASUS Chromebook Flip C434
    Protective sleeve (optional)
    USB-C power adaptor (45W)
  • RM2399
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend