Ujian Terhadap Skrin Lipat Samsung Galaxy Fold Diperlihatkan – Dakwa Mampu Bertahan Selama 5 Tahun Comments Off on Ujian Terhadap Skrin Lipat Samsung Galaxy Fold Diperlihatkan – Dakwa Mampu Bertahan Selama 5 Tahun

Timbul tanda tanya adakah skrin boleh lipat Samsung Galaxy Fold boleh bertahan lama? Persoalannya telah terjawab dalam terbitan video terbaru yang dikeluarkan Samsung hari ini.

Dalam video ini, Samsung dilihat telah melakukan ujian ketahanan terhadap skrin peranti. Samsung melaporkan sepanjang tujuh hari ujian dijalankan, Galaxy Fold berjaya untuk tidak rosak walaupun skrin dibuka dan ditutup tanpa henti sebanyak 200,000 kali. Malah Samsung memaklumkan melalui ujian ini Galaxy Fold mampu digunakan selama lima tahun tanpa ‘sebarang masalah’. Ini juga mengambil purata sebanyak 100 kali sehari melipat skrin.

Bagaimanapun pada kami ini hanya ujian yang dilakukan di makmal dan mana mungkin tikus putih makmal mampu hidup di dunia sebenar menghadapi manusia ganas seperti anda. p/s: Anda faham apa yang penulis maksudkan.

Samsung Galaxy Fold diperkenalkan kepada umum pada pelancaran siri Galaxy S10 bulan lalu. Peranti ini merupakan telefon pintar pertama daripada Samsung yang mengenakan paparan boleh dibentang seluas 7.3-inci menerusi teknologi Infinity Flex. Selain daripada itu, ia dilengkapi enam kamera secara keseluruhan – tiga kamera utama, dua kamera depan, dan satu kamera di luar. Ia dijana cip pemproses Qualcomm Snapdragon 855 bersama memori 12GB + 512GB dan kesemuanya dijana bateri sebesar 4,380mAh.

Peranti ini akan dijual dengan tanda harga $1,980 (sekitar RM8,065), akan tetapi masih masih belum boleh dipastikan lagi adakah pasaran Malaysia akan menerimanya. Adakah pengguna di negara ini akan membelanjakan wang mereka untuk memiliki peranti super-premium ini? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend