Ujian Rangkaian 5G Yang Didemonstarikan Oleh Digi Berjaya Mencapai Kelajuan 1.6 Gbps Comments Off on Ujian Rangkaian 5G Yang Didemonstarikan Oleh Digi Berjaya Mencapai Kelajuan 1.6 Gbps

Bersempena dengan Pameran 5G Malaysia yang akan berlangsung pada 18 hingga 21 April 2019 depan, Digi telah melakukan persiapan dengan menjalankan demonstrasi terhadap rangkaian teknologi mudah alih generasi kelima (5G) di hadapan pengamal media tempatan.

Menerusi demonstrasi yang dilakukan, Digi berjaya mencatatkan kelajuan data yang lebih cepat dan kapasiti rangkaian yang lebih besar, dengan kelajuan transmisi sehingga 1.6 Gbps pada rangkaian 5G spektrum 100 MHz. Dengan kelajuan yang sangat tinggi, kadar latensi yang rendah, dan kepelbagaian rangkaian, 5G berupaya memberi impak positif yang lebih menyeluruh terhadap perniagaan, kerajaan dan juga pengguna.

Demonstrasi kelajuan transmisi Digi mencatatkan kelajuan sehingga 1.6Gbps pada spektrum 100Mhz.

Di dalam pameran tersebut, Digi bakal mendedahkan tiga situasi yang akan mengaplikasikan rangkaian 5G iaitu meliputi perkhidmatan kecemasan, pendidikan dan juga e-sukan. Di samping itu Digi akan turut berkongsi kelebihan serta impak 5G terhadap infrastruktur awam, perniagaan dan juga pengguna secara umumnya.

Digi 5G mBTS (mobile Base Transceiver Station)

Pameran 5G Malaysia yang dianjurkan melalui kerjasama antara Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, syarikat komunikasi dan juga institusi pengajian tinggi tempatan ini akan berlangsung di Kompleks Perbadanan Putrajaya. Pameran akan dibuka kepada orang awam pada 20 dan 21 April 2019.

Baca juga:

Digi Lancar Kemudahan WiFi Dengan Akses Internet Pantas Untuk Pengangkutan Awam – WiFi iFleet

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend