Ujian Kepantasan Mengecas Lima Peranti Dengan Teknologi Pengecasan Pantas Berbeza Comments Off on Ujian Kepantasan Mengecas Lima Peranti Dengan Teknologi Pengecasan Pantas Berbeza 1039

Pemproses dengan prestasi berkuasa sahaja tidak cukup jika ia tidak dilengkapi dengan teknologi pengecasan pantas, ini kerana ia sangat membantu dalam memastikan peranti sentiasa bersedia apabila kita ingin menggunakannya. Jadi dengan pengenalan pelbagai teknologi pengecasan terkini di pasaran, Pocket-Lint telah menjalankan ujian kepantasan mengecas untuk lima peranti dengan sokongan teknologi berbeza seperti berikut:

  • OPPO R17 Pro → 3,700 mAh (50W – SuperVOOC Flash Charge)
  • Huawei Mate 20 Pro → 4,200 mAh (40W – SuperCharge)
  • OnePlus 6T McLaren Edition → 3,700 mAh (30W – Warp Charge)
  • OnePlus 6T → 3,700 mAh (20W – Rapid Charging)
  • Google Pixel 3 → 2,915 mAh (18W – Power Delivery)

Kesemua peranti ini telah dikosongkan peratusan baterinya dan ia akan dicas secara serentak menggunakan palam kuasa standard yang diberikan dalam pakej pembeliannya. Tonton video berikut untuk melihat masa yang diambil untuk mengecas kelima-lima peranti tersebut (ujian pengecasan bermula pada minit ke-2):

Kesimpulan berdasarkan ujian kepantasan mengecas yang telah dibuat…

Selepas 5 minit dicas:

  • OnePlus 6T → masih tidak boleh dihidupkan
  • Google Pixel 3 → 3 hingga 5%
  • OnePlus 6T McLaren Edition → 12%
  • Huawei Mate 20 Pro → 11%
  • OPPO R17 Pro → 22%

Selepas 10 minit dicas:

  • OnePlus 6T → 7%
  • Google Pixel 3 → 12%
  • OnePlus 6T McLaren Edition → 24%
  • Huawei Mate 20 Pro → 26%
  • OPPO R17 Pro → 43%

Selepas 20 minit dicas:

  • OnePlus 6T → 24%
  • Google Pixel 3 → 26%
  • OnePlus 6T McLaren Edition → 47%
  • Huawei Mate 20 Pro → 52%
  • OPPO R17 Pro → 76%

Pengecasan daripada 0% hingga 100%:

  1. OPPO R17 Pro → lebih kurang 38 minit 28 saat
  2. OnePlus 6T McLaren Edition → lebih kurang 1 jam 2 minit 42 saat
  3. Huawei Mate 20 Pro → lebih kurang 1 jam 6 minit 25 saat
  4. OnePlus 6T → lebih kurang 1 jam 18 minit 48 saat
  5. Google Pixel 3 → lebih kurang 1 jam 42 minit 20 saat

Kesimpulan:

Berdasarkan daripada keputusan ujian pengecasan yang dijalankan ini, ternyata keupayaan teknologi pengecasan pantas SuperVOOC Flash Charge dengan output 50W (10V5A) yang disokong oleh OPPO R17 Pro sukar untuk ditandingi. Ia jauh meninggalkan pesaingnya dengan mencatatkan masa mengecas kurang daripada 40 minit.

Walaupun dibekalkan dengan teknologi pengecasan 30W, OnePlus 6T McLaren Edition telah berjaya mencatatkan masa pengecasan kedua terpantas selepas OPPO. Namun begitu ia tidak bermakna ia lebih laju kerana kapasiti bateri yang disokongnya sebenarnya adalah 500 mAh lebih kecil berbanding Huawei Mate 20 Pro yang memiliki kapasiti terbesar mencecah 4,200 mAh.

Manakala Google Pixel 3 pula berjaya menduduki di tangga terakhir dengan masa mengecas hampir mencecah 2 jam, sungguhpun ia memiliki kapasiti bateri terkecil iaitu di bawah 3,000 mAh. Tetapi ianya tidak begitu mengejutkan memandangkan ia hanya menyokong output pengecasan 18W sahaja.

Sumber

Baca juga:

OPPO R17 Pro Mampu Dicas Sehingga 92% Dalam Tempoh 30 Minit, Mendahului 59 Model Lain

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend