[Ulasan] 12 Perkara Menarik Tentang HUAWEI MateBook D 15 Yang Terbaru Comments Off on [Ulasan] 12 Perkara Menarik Tentang HUAWEI MateBook D 15 Yang Terbaru

HUAWEI bukan sahaja terkenal dalam pengeluaran telefon pintar malah syarikat ini juga terkenal dalam menghasilkan komputer riba. Selepas dua tahun menceburi segmen ini, legasi MateBook kini diteruskan melalui model yang terbaru, HUAWEI MateBook D 15.

HUAWEI MateBook D 15 tampil sebagai komputer riba berspesifikasi pertengahan yang memiliki tanda harga ‘mesra poket’. Menurut pengeluar, komputer riba ini ditujukan khas buat pengguna yang mahukan sebuah mesin dengan ciri-ciri terkini tetapi pada harga kompetitif.

Ketika artikel ini ditulis, MateBook D 15 telahpun dijual di seluruh Malaysia bermula hari ini. Jadi untuk mengetahui apakah ciri-ciri menarik yang terdapat padanya, mari kita lihat 12 perkara menarik tentang HUAWEI MateBook D 15.

#1 – Skrin penuh hingga ke bucu

MateBook D 15 mengambil DNA daripada abangnya iaitu MateBook X Pro. Panel skrin yang dimuatkan pula ditarik hingga ke bucu, membuatkan nisbah skrin-ke-kerangka mencecah hingga 87 peratus.

Seperti yang anda boleh lihat, saiz bezel di tepi dan atasnya cukup nipis dengan ukuran hanya setebal 5.3mm. Paparan 15.6-inci yang disediakan pula menawarkan visual yang tajam serta terang sekaligus sangat sesuai untuk menonton video atau menyunting gambar.

#2 – Ringan dan mudah dibawa

Sebagaimana komputer riba lain di pasaran, MateBook D 15 hadir dengan reka bentuk badan nipis serta ringan. Ia memiliki ketebalan hanya 16.9mm dengan berat badan kurang daripada 1.6kg. Ciri ini sekaligus memudahkan ia dibawa ke mana sahaja tanpa membebankan.

Warna Perak yang dikemaskan pada permukaan komputer ini tampak elegan dan menyerlah. Penggunaan warna asas seperti ini sebenarnya tidak lapuk dan relevan sepanjang masa. Bahkan ia sesuai untuk digayakan dari semua peringkat umur pengguna tidak kira anda adalah seorang eksekutif syarikat mahupun pelajar institusi.

HUAWEI MateBook D 15 menggunakan bahan aluminium pada kerangka dan panel badannya. Permukaan yang licin ini menjanjiikan sentuhan premium selain papan kekunci yang minimal menambahkan lagi nilai estetik. Pad sesentuh yang hadir tanpa butang klik kiri/kanan fizikal pada masa sama membuatkan ia kelihatan moden selari dengan trend semasa.

#3 – Butang kuasa merangkap pengimbas cap jari

HUAWEI MateBook D 15 menawarkan ciri-ciri keselamatan tanpa kompromi. Sokongan butang kuasa yang merangkap sebagai sistem biometrik ini membolehkan pengguna menyahkunci komputer tanpa perlu memasukkan kata laluan.

Selain menjimatkan masa, pengguna juga boleh tetapkan beberapa cap jari padanya dengan mudah menerusi Windows Hello Fingerprint. Pada masa sama fungsi ini boleh digunakan untuk mengakses mana-mana perkhidmatan dan aplikasi yang berkaitan dengan Windows.

#4 – Multi-screen Collaberation

Ciri merupakan ciri pisahan skrin yang dapat memudahkan pengguna untuk memindahkan fail. Sebaik pengguna menyentuh telefon pintar pada komputer riba ini, mereka bebas memindahkan fail tanpa perlu sokongan wayar.

Bagaimanapun, fungsi ini hanya boleh dibuat apabila pengguna menggunakan telefon pintar HUAWEI yang menyokong fungsi HUAWEI Share.

Caranya adalah dengan meletakkan telefon tersebut di atas pelekat istimewa pada panel papan kekunci untuk proses pemindahan.

Tanpa sambungan internet atau wayar, gambar boleh dileret masuk ke komputer dengan cara drag and drop. Setelah selesai memindahkan gambar dari galeri, pengguna bebas membuat suntingan gambar terus di komputer.

#5 – Paparan mesra mata

Komputer riba ini bukan sahaja mempunyai skrin berdefinisi tinggi tetapi ia juga dilengkapi teknologi penyaring sinaran cahaya biru.

Menariknya, HUAWEI MateBook D 15 turut mendapat pengiktirafan oleh TÜV Rheinland sebagai paparan yang tidak memudaratkan kesihatan mata.

Untuk pengetahuan anda, teknologi yang digunakan adalah sama seperti telefon pintar mercu HUAWEI. Dengan adanya sokongan ini, mata akan berasa kurang penat dan sesuai untuk penggunaan tempoh lama.

#6 – Kamera tersembunyi untuk privasi

Anda mungkin biasa melihat kamera web ditutup dengan pelekat. Ini kerana pengguna tidak mahu mereka diintip oleh penggodam yang tidak bertanggungjawab.

Bagi menyelesaikan masalah tersebut, satu rekaan unik telah dicipta. HUAWEI MateBook D 15 dilengkapi kamera jenis pop-naik. Ia disembunyikan disebalik butang di papan kekunci yang hanya boleh dibuka jika ditekan.

Kedudukannya adalah di diantara butang F6 dan F7. Dengan reka bentuk kamera web sebegini pengguna tidak perlu lagi berasa khuatir terhadap ancaman penggodam.

Selain tampak kemas, kamera web ini juga mampu menjaga privasi pengguna.

#7 – Memori besar SSD+HDD

HUAWEI MateBook D 15 menawarkan dua jenis storan iaitu menerusi SSD dan HDD. Kombinasi ini bukan sahaja memberi pengguna ruang simpanan yang besar dan luas bahkan dapat menikmati pengalaman komputer yang lancar serta berkuasa.

Anda tahu bahawa kehadiran SSD dapat mendorong kepada kepantasan boot up/shut down dalam sistem. Maka dengan keupayaan memori yang besar, pengguna tidak lagi mengalami lengah masa sepanjang menggunakannya.

#8 – Pemproses berprestasi daripada AMD

Pemproses AMD kini banyak digunakan pada komputer riba di pasaran, ini termasuklah HUAWEI MateBook D 15 yang dikuasakan AMD Ryzen 5 3500U yang terbaru.

Digandingkan bersama memori 8GB DDR4 RAM, kadar kepantasan membaca dan menulis tidak lagi dapat diragui. Tambahan, sistem grafiknya pula turut dilengkapi Radeon Vega 8 yang mampu menjanjikan pengalaman hiburan ke tahap yang lebih tinggi.

#9 – I/O port mencukupi

Salah satu sebab mengapa ultrabook masih tidak mesra pengguna adalah pada port I/O-nya. Ini disebabkan ketebalan yang nipis mengehadkan ruang disebelah sisi kerangka.

Tidak pada HUAWEI MateBook D 15, komputer riba ini dilengkapi 1x USB-C, 1x USB 3.0, 2x USB 2.0, 1x bicu audio, dan 1x HDMI.

Dengan sambungan port yang mencukupi, pengguna tidak lagi perlu membawa adapter ke hulu ke hilir yang merenyahkan.

Menariknya pada komputer riba ini, port USB-Cnya boleh digunakan untuk mengecas bateri atau menyalin/memindahkan data.

#10 – Sistem audio sekeliling

Selain paparan yang tajam, HUAWEI MateBook D 15 juga mempunyai sistem audio yang mengasyikkan. Sukar untuk menyatakan kualiti audio di atas kertas, tetapi kami agak teruja dengan kualiti yang dihemburkan dari dua pembesar suara komputer riba ini.

Sedikit perbandingan telah dibuat. Kami mendapati kualiti serta tahap audio komputer riba ini agak baik dan lebih kuat berbanding komputer riba daripada jenama terkemuka. Efek bunyinya pula realistik dengan sokongan bunyi sekeliling.

#11 – Satu varian dengan harga kompetitif

HUAWEI MateBook D 15 buat masa ini ditawarkan hanya dalam varian tunggal iaitu AMD Ryzen 5/256GB/1TB.

Walaupun pilihan terhad, kami melihatnya sebagai satu kelebihan kerana pengguna masih lagi mampu memiliki sebuah komputer riba yang lengkap pada harga kurang dari RM2500.

Spesifikasi

  • 357.8 x 229.9 x 16.9 mm
  • 1.62kg (SSD+HDD)
  • Mystic Silver
  • 15.6″ IPS FHD (nisbah skrin-ke-kerangka 87%)
  • 250 nits 178 ° sudut pandangan
  • Windows 10 Home
  • AMD Ryzen 5 3500U
  • Radeon Vega 8 Graphic
  • 8GB DDR4 RAM
  • 256GB PCle SSD + 1TB HDD
  • 42Wh (rating capacity)
  • Wifi 802.11a/b/g/n/ac 2.4Ghz dan 5GHz, 2×2 MIMO
  • Bluetooth 5.0, pengimbas cap jari, hall sensor
  • USB-A 3.0 x1, USB-A 2.0 x2, USB-C x1, HDMI x1, bicu audio 3.5mm
  • Pembesar suara 2W x2, mikrofon x2

#12 – Apakah promosi bersempena pelancaran HUAWEI MateBook D 15?

Pada 18 Januari 2020, orang ramai boleh mengunjungi jerayawara HUAWEI MateBook D 15 di empat lokasi seperti berikut:

  • IOI City Mall, Putrajaya
  • Sunway Pyramid, Petaling Jaya
  • Queensbay Mall, Pulau Pinang
  • Imago Shopping Mall, Kota Kinabalu

Hadiah bernilai RM1287 boleh dibawa pulang untuk setiap pembelian HUAWEI MateBook D 15 pada harga RM2499.

Bagi yang tinggal jauh dari empat lokasi tersebut, usah risau kerana anda boleh membuat tempahan dalam talian di sini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend