Ugreen Flagship Store Tawar Diskaun Hebat Sehingga 80% Untuk Aksesori Sempena ‘Lazada Mid-Year Festival’ Comments Off on Ugreen Flagship Store Tawar Diskaun Hebat Sehingga 80% Untuk Aksesori Sempena ‘Lazada Mid-Year Festival’ 132

Bermula tengah malam ini (12am, 12 Julai 2019), Lazada akan mengadakan jualan hebat melalui promosi ‘Mid-Year Festival’ yang menjanjikan diskaun untuk jenama yang terlibat. Menariknya Ugreen yang terkenal dengan pelbagai aksesori menarik turut menyertai promosi ini dengan menjanjikan diskaun sehingga 80%, secara eksklusif di Ugreen Flagship Store di Lazada.

Menariknya, anda kini boleh membuat pra-tempah untuk produk Ugreen Gravity CD Slot Car Phone Holder dan UGREEN 2 in 1 Card Reader USB 3.0 dengan membayar deposit RM10 melalui aplikasi Lazada. Manakala baki bayaran (RM9.99) perlu dibayar pada 12 Julai 2019. Lebih istimewa, 50 pembeli terawal di Ugreen Flagship Store akan turut menerima hadiah eksklusif.

Bermula jam 12 tengah malam ini hingga 2 pagi pada 12 Julai 2019, setiap pembelian minimum bernilai RM10 akan menerima diskaun RM1, manakala pembelian minimum bernilai RM60 akan menerima diskaun sebanyak 20%. Sepanjang promosi ‘Mid-Year Festival’ berlangsung (12 Julai 2019), anda boleh mendapatkan diskaun 5% dengan pembelian minimum RM29, dan diskaun sebanyak 10% akan diberikan untuk pembelian minimum bernilai RM79.

Ugreen Flagship Store di Lazada menawarkan pelbagai aksesori menarik dan berkualiti seperti beg kalis air, hab USB-C 7 dalam 1, pengecas tanpa wayar Qi, pengecas kereta dengan FM Transmitter Bluetooth, pengecas USB-C PD 65W, kabel USB-C PD ke Lightning 36W, sarung pelindung M.2 SSD, dan banyak lagi produk hebat yang lain.

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend