Uber Terpaksa Hentikan Ujian Kereta Autonomi Di Arizona Selepas Menyebabkan Kematian Seorang Wanita Comments Off on Uber Terpaksa Hentikan Ujian Kereta Autonomi Di Arizona Selepas Menyebabkan Kematian Seorang Wanita

Sebuah kenderaan milik Uber yang sedang digunakan dalam proses menguji pemanduan dalam mod automatik, terpaksa dibatalkan serta-merta selepas melanggar seorang wanita di Arizona, Amerika Syarikat.

Kemalangan yang berlaku telah mengakibatkan kematian seorang wanita berusia 49 tahun dikenali sebagai Elaine Herzberg. Kejadian berlaku apabila kenderaan SUV yang sedang dipandu dalam mod pemanduan automatik dengan sokongan pemandu sebenar itu telah merempuh wanita berkenaan yang dikatakan menolak basikalnya di tepi jalan tersebut.

Kredit: Gambar oleh Chris Carlson/AP/Shutterstock

Akibat daripada kejadian itu, CEO Uber iaitu Dara Khosrowshahi telah melahirkan rasa simpatinya pada keluarga mangsa melalui akaun peribadi Twitter milik beliau, dan berkata bahawa Uber serta pihak berkuasa tempatan kini sedang dalam proses siasatan.

Dalam kejadian sebelum ini, SUV Uber dengan mod pemanduan automatik telah terbalik disebabkan oleh kecuaian pemandu itu sendiri.

Untuk pengetahuan pembaca, Uber dan Volvo sebelum ini telah menjalinkan kerjasama dalam mewujudkan perkhidmatan kereta autonomi untuk Uber.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend