UAE Telecom Yakin Dengan Teknologi Rangkaian 5G HUAWEI Kerana Tiada Ancaman Keselamatan Ditemui Comments Off on UAE Telecom Yakin Dengan Teknologi Rangkaian 5G HUAWEI Kerana Tiada Ancaman Keselamatan Ditemui 171

Melalui temu bual antara Reuters dengan UAE Telecom, Saleem Albalooshi selaku Ketua Pegawai Teknologi di syarikat penyedia telekomunikasi tersebut yakin dengan teknologi rangkaian 5G yang dibangunkan oleh HUAWEI.

Menurutnya HUAWEI merupakan rakan niaga yang bertanggung jawab dalam membangunkan rangkaian 5G di negara itu, dan melalui perspektif keselamatan ia bukanlah sesuatu yang perlu diragui. Ini kerana berdasarkan siasatan yang dilakukan di dalam fasiliti milik UAE Telecom serta kunjungan syarikat telekomunikasi itu ke fasiliti HUAWEI, tiada sebarang bukti berhubung ancaman keselamatan yang berjaya ditemui.

Perkara ini secara tidak langsung telah menafikan dakwaan kerajaan Amerika Syarikat yang sering mengeluarkan amaran ancaman keselamatan kepada sekutunya berhubung penggunaan peralatan yang dibangunkan oleh China.

sumber

Baca juga:

Kelajuan Muat Turun Cecah 1.3Gbps Berjaya Dicatatkan Di ‘HUAWEI 5G Experiential Zone’

Pengasas HUAWEI Melaporkan Syarikatnya Kini Dalam Usaha Membangunkan 6G

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend