U Mobile Umum Sokongan Liputan Rangkaian 4G LTE Di Negeri Perlis Comments Off on U Mobile Umum Sokongan Liputan Rangkaian 4G LTE Di Negeri Perlis

Melalui akaun Twitter rasminya, U Mobile hari ini telah berkongsi berita gembira buat penduduk di utara tanah air iaitu Perlis berhubung liputan rangkaian 4G LTE di negeri tersebut. Ketersediaan rangkaian Internet berkelajuan tinggi ini secara tidak langsung membolehkan pelanggan U Mobile di negeri itu untuk menikmati pengalaman berinternet yang jauh lebih baik.

Lebih menariknya, U Mobile juga telah memberi jaminan untuk terus memperluaskan liputan rangkaian 4G LTE ke kawasan-kawasan baharu pada masa akan datang. Namun memandangkan perluasan liputan ini bukanlah satu proses yang mudah, ia mungkin akan mengambil sedikit masa.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend