U Mobile Tunjuk Lima Kes Kegunaan Masa Sebenar Menggunakan Ketersambungan 5G Comments Off on U Mobile Tunjuk Lima Kes Kegunaan Masa Sebenar Menggunakan Ketersambungan 5G

Seperti yang telah diketahui, Malaysia bakal menyaksikan pengkomersilan 5G bermula suku ketiga tahun ini. Dalam usaha untuk membantu rakyat Malaysia memanfaatkan 5G dalam kehidupan seharian, U Mobile telah menunjukkan lima kes kegunaan masa sebenar 5G di Langkawi.

Sejajar dengan Projek Demonstrasi 5G anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, U Mobile baru-baru ini telah menunjukkan lima kes kegunaan masa sebenar menggunakan rangkaian Internet berkelajuan tinggi seperti berikut:

Kes Kegunaan 1: Konsultasi Jarak Jauh dengan MEDCOM

U Mobile bekerjasama dengan MEDCOM untuk menawarkan konsultasi jarak jauh di hospital. MEDCOM merupakan sebuah peranti teleperubatan dijana oleh 5G yang membolehkan doktor menawarkan konsultasi jarak jauh kepada pesakit.

Peranti ini bukan sahaja mudah dibawa ke mana-mana, malah dapat membekalkan maklumat klinikal, fisiologi dan diagnostik masa sebenar yang bermutu tinggi dan boleh dipercayai kepada doktor untuk membuat keputusan dari jarak jauh.

Kes Kegunaan 2: Pelancongan VR

U Mobile bekerjasama dengan HTC Vive untuk menunjukkan bagaimana 5G dapat membawa pengguna ke dunia Pelancongan Maya yang mengujakan, di mana seseorang dapat mengalami destinasi mereka dari jauh secara realistik.

Kes Kegunaan 3: Permainan VR

U Mobile bekerjasama dengan HTC Vive untuk menunjukkan kuasa 5G dari segi permainan VR melalui permainan Front Defense. Woon Ooi Yuen menunjukkan bagaimana 5G dapat menaik taraf pengalaman pemain dengan imej yang lebih jelas dan tajam, sekaligus membolehkan mereka mengalami satu dunia permainan multi pemain yang lebih lancar.

Kes Kegunaan 4: Konsultasi Perubatan Jarak Jauh dengan DOCpod daripada DoctorOnCall

U Mobile bekerjasama dengan DoctorOnCall untuk kes kegunaan 5G yang menawarkan konsultasi perubatan jarak jauh. DOCpod daripada DoctorOnCall adalah platform perundingan konsultasi perubatan video dalam talian yang pertama di Malaysia. Ia menggabungkan teknologi video dan suara yang canggih dengan perubatan serta pengalaman doktor-doktor yang terkemuka di Malaysia.

Kes Kegunaan 5: Capaian Tetap Tanpa Wayar (FWA)

Steven Ge, Pengarah Urusan ZTE Malaysia dan Woon Ooi Yuen, Ketua Pegawai Teknologi U Mobile, menunjukkan kelajuan tertinggi 5G U Mobile pada 1.2Gbps.

U Mobile akan turut menjalankan lebih banyak kes kegunaan sedemikian bagi memberi manfaat kepada sektor vertikal seperti pengeluaran pintar dan pendidikan. U Mobile akan berkongsi maklumat terkini dari semasa ke semasa tentang bagaimana kes-kes kegunaan ini dapat merealisasikan potensi 5G tanpa had serta memacu pembangunan kemanusiaan.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend