U Mobile Telah Memperluaskan Rangkaian 4G LTE Di Hampir 40 Lokasi Di Utara Semenanjung Comments Off on U Mobile Telah Memperluaskan Rangkaian 4G LTE Di Hampir 40 Lokasi Di Utara Semenanjung 735

Apabila sebut sahaja tentang pelan Internet termurah yang boleh anda langgan di negara ini, U Mobile merupakan salah satu daripada telco tempatan yang menawarkan pakej yang menarik untuk dicuba. Selain penawaran pelan yang berbaloi, U Mobile turut komited untuk memastikan liputan rangkaian 4G LTE yang lebih meluas.

Melalui perkongsian di Twitter, U Mobile telah mengumumkan berita baik khususnya untuk penduduk negeri di utara Semenanjung yang mana mereka telah memperluaskan rangkaian 4G LTE di hampir 40 lokasi berbeza dalam tempoh hanya dua minggu.

Berikut adalah kawasan yang akan menerima liputan rangkaian Internet berkelajuan tinggi ini daripada U Mobile dan lebih banyak kawasan akan menerimanya pada masa akan datang:

Langkawi

  • Jalan Padang Saga
  • Kampung Lubuk Buaya
  • Jalan Padang Matsirat

Kedah

  • Daerah Kerian
  • Darul Aman Perdana
  • Taman Suria
  • Charok Kemuning
  • Kuala Kurau
  • Mukim Durian Sebatang
  • Kota Sarang Semut
  • Pokok Sena
  • Bandar Laguna Merbok
  • Kg Sg Limau
  • Daerah Kuala Muda
  • Jalan Changlun
  • Padang Serai
  • Jalan Sultanah
  • Taman Seri Aman
  • Kg Tradisi Paya Pahlawan
  • Daerah Kubang Pasu

Alor Setar

  • Taman Wira Mergong
  • Kampung Lubok Peringgi

Pulau Pinang

  • Bukit Jambul
  • Kepala Batas
  • Kampung Tok Hamid

Perak

  • Kampung Pasir
  • Teluk Intan
  • Daerah Hilir Perak
  • Matang
  • Mukim Bagan Datoh
  • Universiti Teknologi Petronas
  • Mukim Durian Sebatang
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend