U Mobile Tawar Rebat Tunai Seumur Hidup Untuk Pelanggan OKU Dengan Pelan Pascabayar Terpilih Comments Off on U Mobile Tawar Rebat Tunai Seumur Hidup Untuk Pelanggan OKU Dengan Pelan Pascabayar Terpilih 92

U Mobile baru-baru ini telah mengumumkan tawaran rebat tunai bulanan bernilai RM10 seumur hidup untuk pelanggan sedia ada dan juga pelanggan baru dari golongan OKU. Terdapat tujuh pelan pascabayar yang terlibat dengan tawaran ini iaitu HERO Postpaid P38, P48, P68, Giler Unlimited GX50, Unlimited HERO P79, Unlimited HERO P99, dan juga Unlimited HERO P139.

Tawaran menarik ini terbuka untuk pelanggan OKU warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas. Pelanggan sedia ada dan baru turut dibenarkan mendaftar sehingga dua talian utama (maksimum) dengan mana-mana kombinasi pelan pascabayar yang terpilih untuk menikmati rebat ini.

Cara mendaftar rebat RM10 bulanan seumur hidup dengan tiga langkah mudah:

  1. Bawa kad pengenalan Malaysia yang asli dan juga kad OKU.
  2. Lawati kedai U Mobile berdekatan.
  3. Daftar dengan mana-mana pelan pascabayar yang tersenarai.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang rasmi U Mobile.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend