U Mobile Tawar Diskaun 50% Untuk Pelan Pascabayar Pilihan Dengan Promosi HERO+HERO Comments Off on U Mobile Tawar Diskaun 50% Untuk Pelan Pascabayar Pilihan Dengan Promosi HERO+HERO

U Mobile hari ini telah mengumumkan promosi terbarunya iaitu HERO+HERO yang membolehkan pelangan pascabayar HERO P70, P98, Unlimited HERO P78, P79 and P99 untuk memohon talian HERO yang kedua dengan diskaun sebanyak 50% untuk bayaran bil bulanan.

Walau bagaimanapun, permohonan talian HERO yang kedua dengan diskaun sebanyak 50% ini hanya ditawarkan dalam pakej P48, P68, P79 dan P99. Melalui promosi yang ditawarkan ini, pelanggan hanya perlu membayar separuh daripada bayaran asal untuk talian kedua dengan harga serendah RM24 sebulan bagi tempoh dua belas bulan pertama.

Selain daripada itu, pelanggan HERO+HERO yang layak turut berpeluang untuk melanggan insurans mikro hayat yang pertama dari U Mobile iaitu GOLIFE 10 untuk tiga bulan secara percuma. Pelanggan yang layak untuk melanggani GOLIFE 10 akan dihubungi melalui SMS.

Promosi pascabayar HERO+HERO sudah boleh dilanggan mulai hari ini sehingga 31 Julai 2018 nanti di semua kedai cawangan U Mobile di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut berkaitan promosi HERO+HERO, sila layari laman rasmi U Mobile.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend