U Mobile Perkenal Pelan ‘Giler Unlimited’ Baharu Dengan Kelajuan Internet Lebih Pantas Comments Off on U Mobile Perkenal Pelan ‘Giler Unlimited’ Baharu Dengan Kelajuan Internet Lebih Pantas

U Mobile sebelum ini pernah memperkenalkan pelan ‘Giler Unlimited’ yang menjanjikan nilai yang tiada bandingan dengan penawaran pascabayar GX50 dan juga prabayar GX30 untuk pengguna tempatan.

Menariknya hari ini U Mobile telah melancarkan dua lagi penawaran terbaharu di bawah pelan ‘Giler Unlimited’ dengan pascabayar GX68 dan juga prabayar GX38 yang menawarkan kelajuan Internet yang lebih pantas bermula 13 Februari 2020.

Pelan pascabayar GX68 akan didatangkan dengan data Internet tanpa had dengan kelajuan 4G penuh, panggilan tanpa had ke semua rangkaian, dan juga 5GB data Internet untuk hotspot.

Manakala pelan prabayar GX38 akan menawarkan data Internet tanpa had dengan kelajuan Internet 6Mbps, berbanding hanya 3Mbps untuk pelan GX30 sebelum ini. Malah pengguna akan turut menerima 3GB data Internet untuk hotspot.

Di samping itu, pengguna pelan prabayar GX38 dan GX30 yang memerlukan kelajuan lebih tinggi boleh menambahkan Data Booster 5 pada harga hanya RM5 untuk mendapatkan data tambahan 10GB berkelajuan tinggi selama 14 hari.

Bagi pengguna yang mendaftar pelan GX68 dalam tempoh terhad, anda boleh menikmati bayaran bulanan hanya RM58 (RM68) untuk sepanjang hayat. Manakala untuk pengguna yang mendaftar GX38 dalam tempoh promosi hanya perlu membayar RM35 (RM38) sahaja.

Kedua-dua pelan ‘Giler Unlimited’ baharu boleh didapati di semua kedai U Mobile di seluruh negara bermula 13 Februari 2020. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.u.com.my.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend