U Mobile Menandatangani Kontrak Tiga Tahun Dengan Nokia Untuk Perluas Rangkaian 4G Dan Ujian 5G Comments Off on U Mobile Menandatangani Kontrak Tiga Tahun Dengan Nokia Untuk Perluas Rangkaian 4G Dan Ujian 5G 397

Pada April yang lalu, U Mobile telah mengumumkan rangkaian 4G yang lebih luas di seluruh negara dengan penyediaan lebih daripada 2,000 tapak 4G dalam tempoh setahun. Malah U Mobile kini dilihat lebih proaktif apabila dilaporkan telah menjalinkan kerjasama dengan Nokia dalam usaha memperluaskan lagi rangkaiannya di negara ini.

Melalui jalinan kerjasama yang termeterai untuk tempoh tiga tahun ini, Nokia akan membangunkan Rangkaian Akses Radio (RAN) yang lebih maju di lokasi baharu di serata negara dalam usaha memperluaskan lagi rangkaian U Mobile di Malaysia.

Selain memperbanyakkan lagi lokasi rangkaian 4G untuk U Mobile, pembangunan RAN oleh Nokia ini akan turut dipasang dengan stesen pangkalan AirScale yang tersedia dengan rangkaian 5G untuk diuji oleh U Mobile.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend