U Mobile Lancar Pelan Pascabayar Dan Prabayar ‘Giler Unlimited’ Yang Menawarkan Data Tanpa Had Setiap Hari Comments Off on U Mobile Lancar Pelan Pascabayar Dan Prabayar ‘Giler Unlimited’ Yang Menawarkan Data Tanpa Had Setiap Hari

Hari ini U Mobile telah melancarkan pelan terbaru U Mobile iaitu ‘Giler Unlimited’ yang menawarkan akses Internet tanpa had pada harga yang sangat berpatutan.

Pelan Giler Unlimited yang ditawarkan pada harga hanya RM50 untuk pelan pascabayar GX50 dan hanya RM30 untuk pelan prabayar GX30. Berbeza dengan pelan sedia ada di pasaran, Giler Unlimited tidak memiliki batasan masa atau penggunaan.

Pelan pascabayar GX50 menawarkan data tanpa had, serta panggilan tanpa had dan juga kuota kawasan khas (hotspot) percuma sebanyak 5GB. Untuk pelan prabayar GX30 pula, para pelanggan akan menikmati data tanpa had dengan kuota kawasan khas (hotspot) percuma sebanyak 3GB.

Pelan Giler Unlimited ini sudah boleh didapati di semua kedai U Mobile di seluruh negara mulai hari ini. Untuk maklumat lanjut tentang pelan Giler Unlimited ini, sila layari laman sesawang rasmi www.u.com.my.

Kemas kini: Kelajuan maksimum pelan GX50 dihadkan setakat 5Mbps, manakala pelan GX30 pula dihadkan setakat 3Mbps.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend