U Mobile Lancar Pelan GoOffice Dengan Panggilan Serta Data Tanpa Had Dan Microsoft Office 365 Comments Off on U Mobile Lancar Pelan GoOffice Dengan Panggilan Serta Data Tanpa Had Dan Microsoft Office 365 213

Buat pertama kalinya, U Mobile dengan kerjasama Microsoft telah melancarkan pelan pertama di negara ini yang menawarkan kombinasi pakej panggilan suara, data Internet dan juga aplikasi Microsoft Office 365 melalui penawaran pakej pelan U Mobile GoOffice.

Disasarkan untuk pemilik Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), pelan terbaharu GoOffice diperkenalkan dengan matlamat mendigitalkan perniagaan mereka. Ini dapat dicapai melalui pakej data dan panggilan suara tanpa had, serta perkhidmatan Microsoft berasaskan cloud bagi membolehkan perniagaan dijalankan pada bila-bila masa sahaja.

Ciri-Ciri pakej GoOffice daripada U Mobile:

  • Microsoft Office 365 untuk Perniagaan
    • Microsoft Word, Excel, PowerPoint, OneNote, Outlook, Access (pada komputer sahaja)
    • Kapasiti penyimpanan cloud sebanyak 1TB pada OneDrive
    • Sehingga 15 peranti (PC/Mac, telefon pintar dan tablet)
  • 1x Talian Pascabayar Utama
    • Panggilan suara dan data Internet tanpa had
    • 4GB data Roam-Onz dengan perkhidmatan perayauan data di 12 destinasi
    • 20GB data Internet untuk hotspot
  • 2 x Talian Pascabayar Tambahan
    • Panggilan suara tanpa had
    • 6GB data Internet berkelajuan tinggi
    • 500MB data Roam-Onz untuk perkhidmatan perayauan di 12 destinasi
    • Waze tanpa had

Pakej pelan GoOffice ditawarkan pada harga RM238 dengan satu talian utama dan juga dua talian tambahan. Bagi memenuhi keperluan perniagaan yang memiliki lebih ramai pekerja, empat talian tambahan boleh dilanggan pada harga RM45 bagi setiap talian.

Ia sudahpun boleh dilanggan bermula hari ini dan bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari U Mobile GoOffice.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend