
Bersempena perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), U Mobile kini telah mengumumkan pelancaran kempen ‘Giler BagiLebih’ yang memberikan tambah nilai terbaik kepada pelanggannya ketika mengamalkan norma baharu.
Promosi GoInsure 3
Ditaja jamin oleh Chubb Insurance Malaysia Berhad, GoInsure 3 merupakan insurans Kemalangan Peribadi yang ditawarkan secara percuma kepada pelanggan rakyat Malaysia dan Pemastautin Tetap yang berkelayakan sama ada pelanggan U Mobile sedia ada, baharu, pascabayar, mahupun prabayar.
Jadual Perlindungan:
Perlindungan | Jumlah Dilindungi |
Perbelanjaan Kematian Akibat Kemalangan | RM 10,000 |
Perbelanjaan Hilang Upaya Akibat Kemalangan | RM 10,000 |
Perbelanjaan Perubatan Akibat Kemalangan | RM 500 setahun |
Perbelanjaan Berkabung Akibat Kemalangan* *Perlindungan ini meliputi kematian akibat COVID-19 untuk bulan pertama. Tertakluk kepada Terma & Syarat. | RM 2,500 |
Semua pelanggan U Mobile yang berkelayakan akan menikmati GoInsure 3 secara percuma untuk sebulan. Selepas itu, mereka boleh memilih untuk terus menikmati perlindungan ini dengan cuma RM3 setiap bulan, ataupun menarik diri mengikut kehendak mereka. Untuk maklumat lanjut, sila layari u.com.my/GoInsure3.
Promosi Harga Giler Unlimited (GX)
U Mobile turut menawarkan diskaun yuran bulanan sehingga 20 peratus untuk semua pelan Giler Unlimited (GX), kecuali GX 30. Bermula hari ini, pelanggan yang mendaftar untuk pelan pascabayar GX 50 yang berharga asal RM50 akan menikmati promosi RM40 yuran bulanan setiap bulan selama 12 bulan.
Promosi ini adalah sebagai tambahan kepada promosi pelan pascabayar GX 68 dan pelan prabayar GX 38 sedia ada, yang masing-masing meneruskan tawaran harga promosi RM58 dan RM35 untuk pelanggan baharu.
Promosi Naik Taraf Percuma kepada iPhone 11 128GB
Melalui kempen ‘Giler BagiLebih’ ini juga turut menawarkan naik taraf peranti secara percuma kepada iPhone 11 128GB sekiranya pelanggan membeli iPhone 11 64GB menerusi pelan Unlimited HERO P139 atau Unlimited HERO P99.
Ini bermakna pelanggan boleh menikmati penjimatan sehingga RM1,600 dengan pembelian iPhone 11 128GB menerusi promosi ini, bergantung kepada pelan yang dipilih.
Bayaran yang perlu dibuat untuk pembelian peranti secara tunai:
iPhone 11 128GB | Unlimited HERO P99 | Unlimited HERO P139 |
Tempoh | 24 bulan | 24 bulan |
Harga Jualan yang Disyorkan | RM3,599 | RM3,599 |
Harga Peranti Bersubsidi (A) | RM2,299 | RM1,999 |
Bayaran Awal (B) | RM720 (RM30 x 24 bulan) | RM1,056 (RM44 x 24 bulan) |
Jumlah Bayaran Semasa Pendaftaran (A+B) | RM3,019 | RM3,055 |
Bayaran yang perlu dibuat untuk pembelian peranti secara ansuran:
iPhone 11 128GB | P99 | P139 |
Tempoh | 24 bulan | 24 bulan |
Harga Jualan yang Disyorkan | RM3,599 | RM3,599 |
Ansuran Bulanan Peranti | RM99 | RM89 |
Tempoh Ansuran | 24 bulan | 24 bulan |
Jumlah Ansuran Bulanan Peranti untuk 24 Bulan | RM2,376 (RM99 x 24 bulan) | RM2,136 (RM89 x 24 bulan) |
Jumlah Bayaran Diperlukan Semasa Pendaftaran (3+3) | RM594 (RM99 x 3 + RM99 x 3) | RM684 (RM89 x 3 + RM139 x 3) |