U Mobile Gandakan Kuota Hotspot Secara Percuma Dengan ‘The Hottest Spot’ Untuk Pelanggannya Comments Off on U Mobile Gandakan Kuota Hotspot Secara Percuma Dengan ‘The Hottest Spot’ Untuk Pelanggannya

Sehubungan dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang kini sedang berkuat kuasa di seluruh negara, U Mobile kini telah memperkenalkan kempen ‘The Hottest Spot’ yang akan menggandakan kuota data hotspot untuk pelanggannya.

‘The Hottest Spot’ akan diberikan secara percuma mulai 19 Mac 2020 untuk pelanggan pelan prabayar GX38, serta pascabayar GX50, GX68, Unlimited HERO P99 dan Unlimited HERO P139.

U Mobile percaya bahawa penawaran kempen ‘The Hottest Spot’ ini sememangnya relevan pada masa ini memandangkan terdapatnya peningkatan keperluan pelanggan untuk berkongsi data hotspot dengan keluarga atau rakan serumah untuk bekerja, strim video, menikmati permainan atau mendapatkan maklumat terkini.

Kempen ‘The Hottest Spot’ adalah sah dari 19 hingga 31 Mac 2020, dan pelanggan pascabayar Unlimited HERO P139, Unlimited HERO P99, GX68 dan GX50 akan menikmati data hotspot berganda secara percuma bermula hari ini hingga 31 Mac 2020.

Malah pelanggan Unlimited HERO P139 dan P99 juga boleh menambah talian untuk berkongsi data sahaja pada harga cuma RM20 sebulan. Ini bermakan mereka dapat berkongsi kuota hotspot berganda dengan orang lain tanpa tinggal di rumah yang sama.

Manakala pelanggan prabayar pula hanya perlu memperbaharui atau mengaktifkan pelan GX38 antara 19 hingga 31 Mac 2020 untuk menikmati data hotspot berganda selama 30 hari.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend