U Mobile Dan Impact Malaysia Bekerjasama Untuk Mempersembahkan Seni Mural Di Spacerubix Puchong Comments Off on U Mobile Dan Impact Malaysia Bekerjasama Untuk Mempersembahkan Seni Mural Di Spacerubix Puchong 147

U Mobile dengan kerjasama Impact Malaysia, iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Belia & Sukan yang ditubuhkan untuk pembangunan belia dan inovasi sosial, hari ini telah memperkenalkan inisiatif seni mural berskala besar melalui sokongan daripada Kementerian Belia & Sukan (KBS).

Gelanggang yang terdapat di Spacerubix di Puchong kini telah menerima sentuhan mural hasil daripada kempen ‘Unlimited Moves’ melalui kerjasama antara U Mobile dan Impact Malaysia.

Berlokasi di Spacerubix yang terletak di Puchong, U Mobile dan Impact Malaysia akan bergandingan untuk menjayakan kempen ‘Unlimited Moves’. Melalui kempen ini, U Mobile akan memaparkan sentuhan kesenian jalanan di gelanggang bola keranjang, bola tampar dan juga sepak takraw di Spacerubix.

Menurut Wong Heang Tuck selaku Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile, kempen ini merupakan salah satu daripada inisiatif U Mobile terhadap golongan belia melalui penyediaan akses serta sokongan kepada mereka untuk merealisasikan potensi sebenar masing-masing. Beliau berharap seni jalanan di gelanggang Spacerubix ini akan menginspirasikan lebih banyak usaha untuk pembangunan komuniti belia.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend