U Mobile Beri Ganjaran Kepada Pelanggan Untuk Terus Kekal Di Rumah Comments Off on U Mobile Beri Ganjaran Kepada Pelanggan Untuk Terus Kekal Di Rumah

Arahan untuk kekal di rumah sepanjang tempoh 14 hari perlu dipatuhi oleh semua individu di negara ini (kecuali kakitangan perkhidmatan penting) bagi menjayakan usaha memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19.

Baca: Jawapan MKN Kepada 21 Soalan Lazim Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan

Namun begitu, untuk terus berada di dalam rumah tidak dinafikan boleh mendatangkan bosan kepada semua. Hari ini U Mobile mengumumkan pemberian ganjaran kepada para pelanggannya.

Talian hotline CPRC Kebangsaan

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, pengguna U Mobile prabayar GX38 dan pascabayar GX50, GX68, Unlimited HERO P99 dan Unlimited HERO P139 boleh menikmati kuota data hotspot 2-kali secara percuma mulai 19 Mac 2020 melalui kempen yang dinamakan ‘The Hottest Spot’.

Selain itu, panggilan percuma ke talian hotline Pusat Kesiapsagaan dan Respon Krisis (CPRC Negeri dan Kebangsaan) turut diberikan kepada pelanggan tanpa sebarang cas.

Talian hotline CPRC Negeri

GoPayz, aplikasi eDompet daripada U Mobile juga kini menawarkan diskaun dan rebat untuk perkhidmatan penghantaran makanan dan keperluan harian.

Ketiga-tiga ganjaran yang ditawarkan ini adalah tanda terima kasih daripada U Mobile kepada pelanggan yang perlu bekerja dari rumah yang memerlukan data internet yang banyak. Disamping itu, inisiatif ini juga dapat memanfaatkan semua orang untuk kekal berhubung walaupun dalam perintah berkurung.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend