TV Pintar Pertama Keluaran HUAWEI Dipercayai Akan Dioperasikan Oleh HongMeng OS Comments Off on TV Pintar Pertama Keluaran HUAWEI Dipercayai Akan Dioperasikan Oleh HongMeng OS 257

Berita mengenai penawaran TV pintar keluaran HUAWEI bukanlah sesuatu yang baru kerana ia telah heboh diperkatakan di Internet sejak hujung tahun 2018 lagi. Bahkan sub-jenama HONOR juga baru-baru ini telah mengesahkan mereka kini sedang menghasilkan TV pintar pertama daripada jenama itu.

Melalui pendedahan yang telah dikongsikan oleh sumber di HUAWEI, mereka bakal tampil dengan TV pintar pertamanya seawal bulan Ogos nanti. Apa yang lebih menariknya, HUAWEI juga dipercayai akan menggunakan HongMeng OS untuk mengoperasikan TV pintar keluarannya itu.

Menurut sumber itu lagi, kemunculan TV pintar itu nanti telah disasarkan untuk menjadi hab kawalan untuk pelbagai peranti lain yang turut disambungkan ke Internet. Memandangkan kini hanya 30% daripada penduduk di China menggunakan TV, keuntungan pengeluar alak elektrik itu telah mencatatkan penurunan yang agak ketara.

Jadi dengan kemunculan TV pintar pertamanya nanti, HUAWEI berharap TV pintar itu boleh digunakan untuk mengalih perhatian pengguna daripada telefon pintar mereka. Apa yang pasti, HUAWEI sudah tentunya akan memperkenalkan pelbagai fungsi dan ciri-ciri baharu bagi memastikan sasaran itu tercapai.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend