Turkcell Menandatangani Perjanjian Untuk Menggunakan HUAWEI Mobile Services, Sasar Jual 1 Juta Peranti Comments Off on Turkcell Menandatangani Perjanjian Untuk Menggunakan HUAWEI Mobile Services, Sasar Jual 1 Juta Peranti

Melalui Perjanjian Kerjasama Ekosistem Mudah Alih yang dijalinkan antara HUAWEI dengan Turkcell. HUAWEI Mobile Services (HMS) telah diperkenalkan dan diumumkan akan digunakan oleh penyedia telekomunikasi dari Turki itu, sekaligus menjadikannya sebagai operator GSM pertama berbuat demikian.

Murat Erkan selaku CEO Turkcell turut mendedahkan bahawa mereka telah menyasarkan untuk menjual 1 juta telefon mudah alih dengan sokongan Huawei Mobile Services antara April dan penghujung tahun 2021 nanti.

Menurut CEO Turkcell, mereka juga kini telahpun mula menghasilkan hampir 30 aplikasi yang akan diintegrasikan ke dalam HUAWEI Mobile Services.

Buat masa ini HUAWEI telahpun memiliki seramai 4.6 juta pengguna peranti mudah alih di Turki dengan sokongan HUAWEI ID.

sumber, melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend